16 November 2011

08 November 2011

paling best, cute,comel... semualah!



Assalamualaikum




last week before eid adha korang semua ada tengok anugerah skrin tak?
overall bagi dida biasa biasa je.
tapi dida paling suka persembahan closing yang ada
fathia ft ferhad
kilafairy ft aizat
wawazainal ft akim
liyanajasmay ft tomok.



kalau yang belum tengok silalah layan klip dibawah ni




*baju fathia cantek tapi kalau pendek sikit lagik cantek rasanya. kalau nak labuh rasanya perlu dikuncupkan sikit tahap kekembangan skirt tu.

*kila fairy ft aizat memang best even ada salah lirik sikit. dua-dua single kan. korang kapel jek la.. haha sukasuki dida je suruh dorang kapel kan... haha

*akim seems like terlebih feel ja. wawa zainal memang stay cute. korang pon kapel lah!! mesti jadi kapel paling cutecomel taw!!

*liyana jasmay memang comel. takpenah salah pilih baju. liyana!!! awak cute lah... nak suruh si tomok ngan liyana kapel memang tabole lah. huhu

*kalau liyanajasmay ft aizat macam menarik jugak kan.

*lagu aku penghibur tu memang terhiburlah!! bertenaga habes










ini betol betol oldskul




Assalamualaikum semua!





second day of eid adha dida keluar makanmakan dan jalanjalan dengan kawan-kawan lama





we are ex sekolah kebangsaan tanah merah

*muka semua tengah tahan nak tergelak sebab lepas set timer terus adik pizza tu datang hantar air. habes pic rasmi kitorang taw!



kitorang kazen merangkap oldskulmate.
ini mungkin akan jadi last keluar makanmakan jalanjalan dengan mun sebab mun dah nak kawen!!! *ok dida jeles.




dida panggil dia datin anis. sebijik dowh macam datin gaya ang anis bila pakai spec.
yang ni serius oldskulmate. sebab lepas keluar je sekolah rendah tu ni rasanya first time kitorang lepak semeja. kalo jumpa tepijalan kat kedaikedai tu adalah kot.
*ahhh pelupa sebab faktor usia. huhu



start bercerita dah datin anis ngan fahilah ni.
*fahilah selalu je jumpa sebab dia praktikel kat alor setar jugak, so kadang kadang balik sama-sama.




ce tengok anis sekarang macam datin yang muka menyampah kan!

ini menu yang kitorang pilih.









01 November 2011

bertuahnya suami mereka



SEREMBAN: Seorang suami terpaksa melakukan tanggungjawab yang mungkin tidak pernah dibayangkannya sebelum ini iaitu menjamin dua isterinya yang ditahan pihak berkuasa kerana berkhalwat dengan seorang lelaki di sebuah hotel di Port Dickson, dekat sini.

Difahamkan dalam operasi itu, sepasukan penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) melakukan pemeriksaan di sebuah bilik hotel berkenaan selepas menerima maklumat berhubung kegiatan maksiat yang berlaku.


Kedua-dua wanita bermadu berusia 30-an itu ditahan selepas didapati bersekedudukan dengan lelaki berusia 30-an di sebuah hotel terkemuka di kawasan pantai peranginan popular itu.

Sumber berkata, ketika serbuan kira-kira jam 3 pagi Khamis lalu, anggota penguat kuasa memberi salam sebelum mengetuk pintu bilik beberapa kali dan menunggu kira-kira setengah jam sebelum dibuka seorang wanita berpakaian lengkap.


Menurutnya, anggota penguat kuasa melakukan pemeriksaan sebelum mendapati seorang lelaki dan wanita lain berpakaian lengkap juga berada di bilik hotel berkenaan.


“Ketika disoal siasat, dua wanita dan lelaki itu mengaku mereka bukan suami isteri atau mahram. Lebih mengejutkan, hasil soal siasat mendapati kedua-dua wanita berkenaan bermadu dan datang ke daerah itu kononnya untuk bercuti dari ibu kota,” katanya kepada Harian Metro, di sini, semalam

Katanya, untuk membuktikan dakwaan dua wanita itu sahih, anggota penguat kuasa menghubungi suami mereka dan lelaki berkenaan turut mengakui kedua-duanya adalah isterinya yang sah.


“Hasil soal siasat, kedua-dua wanita itu mengakui mereka menipu suami mengatakan mahu pergi bercuti bersama di tempat peranginan itu. Malah, kedua-dua mereka memang madu yang baik dan rapat berdasarkan soal siasat dijalankan,” katanya.

Menurut sumber, ketika disoal siasat madu terbabit dengan keadaan muka yang pucat lesi memberi alasan mereka datang bercuti bersama.


Katanya, lebih menyedihkan, suami kedua-dua wanita itu terpaksa datang dari ibu kota semata-mata untuk menjamin isterinya yang curang.


“Semua mereka dilepaskan dengan jaminan sebelum didakwa di mahkamah atas tuduhan berkhalwat,” katanya.


Sementara itu, Ketua Penolong Pengarah Penguat kuasa JHEAINS, Ahmad Husaini Mustafa mengesahkan tangkapan berkenaan.


“Kes disiasat mengikut Seksyen 61 (1) Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan 1992 kerana terbabit dengan kegiatan khalwat atau melakukan persetubuhan haram,” katanya.



*suaminya sangat bertuah sebab mempunyai isteri isteri yang baik. takde lah bergaduh walaupun bermadu.
*wanita yang bermadu ini memang suka berkongsi agaknya. suami kongsi. sampai berkhalwat pon berkongsi. memang taste depa sama! ilike,,



berita ini delaporkan oleh harian metro edisi selasa. 01112011