06 October 2012

kami dah kahwinlah - novel pilihan








"jaga adik sepupu ni, macam jaga adik sendiri. tak boleh terlebih, tak boleh terkurang. pegang adat keluarga kita. adat turun temurun kita..." - nenek saripah

siapa kata berkahwin tak perlu restu, tak perlu persetujuan keluarga? taqib aryan dan sara cempaka. dua orang sepupu yang saling jatuh cinta. padahal pada zaman kanak-kanak, mereka lansung tidak bertegur sapa dan hanya jeling-jeling. tapi apabila keduanya dapat melanjutkan pelajaran di pusat pengajian yang sama, hubungan mereka menjadi makin mesra.

akhirnya mereka memutuskan untuk bernikah secara rahsia. rahsia yang disimpan dari london terbongkar apabila elman amar dan mak su mimie dapat mencium hubungan sebenar mereka berdua.

"kak sara suka abang?" - Muhamad Elman Amar
"petang semalam, mak su nampak kau orang berdua kat tepi tasik. betulkan itu kau orang?" - mak su mimie
"hari ni jangan tayang senyum sangat.. nanti makcik habibah dengan anak dia terpikat habis..." - sara Cempaka
"bimbang ke? kalau macam tu, sara janganlah tinggal suami tersayang ni sorang sorang. ada yang nak menempel karang." - raqib aryan

adakah rahsia hubungan mereka mampu diterima oleh keluarga terutama nenek saripah? rahsia perkahwinan mereka akan terbongkar dalam... kami dah kahwinlah!



bagi dida tajuk novel ni kurang menariklah macam tak berapa nak komersial sangat.. jalan cerita not bad tapi  ada part macam lebih kurang sama dengan beberapa novel laen yang dida pernah baca sebelum ini..
pastu konflik yang digambarkan kurang menyentuh kalbu.. cover novel menarik.. tapi agak berbaloilah jika nak memberli dan membaca..

komen ikhlas dari pandangan pembaca!

eh lupa nak letak photo yang dibayangkan pulak.. haha

sara Cempaka - shera aiyub
raqib aryan - zahiril adzim



nenek saripah - maimum mutalib ( suka sangat dia ni!!!)


maksu mimie - hanes suraya






selamat membaca semua!   :)

kahwin ganti - novel pilihan


Assalamualaikum..

jom layan novel kahwin ganti yuk! menarik wa cakap lu.... hehe



Perempuan yang bertudung semuanya sama! nampak baik tapi hatinya busuk! cinta konon! ada apa dengan cinta? dah bercinta nak kena setia. punyalah setia, kena tinggal juga! jadi seperti dia juga senangg. tempoh untuh berkawan dengan perempuan, hanya satu bulan. cukup masa tukar yang lain. muda lagi kut! enjoy la! - LUQMAN HAKIM

Bertunang, banyak dugaannya. ramai yang bertunang dengan orang lain, tapi nikah dengan orang lain. nikah terus lagi senang. lepas ni, boleh fokus pada belajar. bukan macam mamat seorang tu, sibuk kehulu kehilir heret perempuan yang bukan muhrin. macam manalah ilmu nak berkat kalau dok sibuk buat perkara tak senonoh
NUQMAN HAKIM

bila berdua dengan lelaki itu, bayangan nuqman selalusaja nampak pada dirinya biarpun perangai mereka ternyata berbeza. tapi, bila wajah itu tiada dihadapannya rindu pula mula menghimpit diri. dia sendiri tak pasti sama ada itu cinta atau sekadar kerana taat setia pada yang sah memilikinya.
MYA ZARA


Takdir Allah telah menentukan jodoh diantara Luqman Hakim, pelajar tahun akhir kejuruteraan kimia yang kasanova, dengan Mya Zara tutor mudanya yang juga bakal kakak iparnya tatkala Nuqman Hakim yang menghilangsecara tiba-tiba.


yang saya suka

"luqman.."
"apa  lagi ni?"
"awak tak jawab lagi soalan saya haritu kan?"
"soalan mana lagi zara oiii... saya ada paper esok ni. isyy... serabut la macamni."
"soalan tu la.. awak suka saya ke...."
"saya dah jawab, kan?" potong luqman tiba-tiba.
"mana ada! hari tukan... awak cakap...:
tiba-tiba luqman berpaling lalu satu ciuman diberikan dipipi kanan mya zara. mya terdia. dia tunduk malu. luqman pula hanya tersenym.
"zara, ada benda yang kadangkala tak perlu dicakap. cukup dengan perbuatan, dah jelas semuanya. jadi lepas ni saya tak mahu awak soal saya benda yang sama"


dalam novel nie, mya zara lebih tua berbanding luqman hakim.. tapi karektor luqman ternyata lebih matang berbanding mya zara. mya zara kekadang suka bertindak diluar kawalan dan menjadikan dia sangat comel!

semasa membaca dah jadi tabiat dida akan membayangkan muka watak-watak ni..
luqman hakim : redza minhat



mya zara: fazura




nuqman hakin: beto kusyairi



03 October 2012

kehilangan yang membahagiakan






assalamualaikum..
kebelakangan ni banyak sangat kenduri. sini kenduri sana kenduri
ramai jugaklah kawan-kawan yang slowly move to their next step..


jadinya next wedding my lovely kesayangan yang menjadi housemate for 3 years tapi rasa macam dah seplohtahun..
syazwana and iskandar
si pengantin wana ni kreatip orangnya.. tak percaya ke?  tu ce tengok baju nikah, tudung and veil tu.. 
dia buat sendiri taw! 
design, jahit baju, jahit manik semua sendiri
cantek and gojes gila!!


haa.. inilah baju yang dijahit sendiri tu
bestkan boleh jahit sendiri jimat belanja.. kekekke





ni sesi lafaz apa ntah, dida tak brapa pasti... tapi tyme ni serius sebak! mata semua orang semua sayu je.. pastu keadaan kat masjid pon senyap je. syahdu taw!







eh lupa!! bunga yang dia pegang tu pon dia buat sendiri? sekarang percaya dah kan yg dia ni kreatip! 





yang sebelum ni semua masa hari nikah.. nikahnya lepas asar...




sekarang semua pic hari sanding pulak
dida dengan rasminya dilantik jadi pengapit.. 
kata pengantin sebab dida ni ketot sama cam dia.. 
dats y she choose me! kahkahkah

nampak tak kami yang ketotkiutmiut? 



tyme ni boleh dapat rasa apa yang artis selalu rasa tu!
banyaknya la hai camera.. taktau nak pandang yang mana 1.. 



sebenarnya majlis depa ni takdak sanding2 bagai tu tapi rasanya hampir separuh hari pengantin kat atas pelamin tu sebab tetamu take turn nak amik gambar
kesian pengantin panas.. huhu





pengapit cmna plak kan?
pengapit lari sebab dah jumpa konco konco kesayangan nak sembang kecoh gelak sampai satu dewan dengar!
ni antara koncokonco kesayangan  tegar untuk bersembang! kalau berjumpa mereka ini sembang tak makan tak tidur pon takpe. 





lepas kasi chance tetamu lain posing2 dengan pengantin
pengapit dan konco konco kesayangannya serbu pelamin dan terus posing!




gaya 1: snap!!



gaya 2: snap!!



gaya 3: snap!



Gaya 5: snap!



Gaya 6: snap!




gaya 7: snap!





gaya 8: eh dah habes dah kasi chance family pegantin pulak!!
jadinya apabila anda menjadi pengantin anda perlulah serba boleh yakni sebagai perempuanlampu pon haruslah boleh!
kepada mana mana photographer yang kekurangan perempuanlampu sila drop comment kat ruangan yang tersedia!  ceeewaaahhh!!




untuk kesayangan saya yang paling kreatip :


banyak benda kita pernah kongsi bersama 
suka duka tangis dan tawa
aku bangga dan gembira punya kesayangan seperti anda
anda berdikari dan teruskan hidup dengan cara sendiri
ya aku bangga yang itu

sungguh aku rindu masa kita dulu tapi semua itu sejarah masa lalu
kini masing masing punya cara sendiri
anda bertemu dia sudah lama 
penyatuan anda buat aku gembira 
akhirnya hubungan halal terjalin jua
pillow talk kita masih ada bakinya
akan ku tuntut bila sampai masa
akan aku mintak izin untuk kita berkongsi cerita
akan aku korek sedalamnya! :)


aku doakan yang terbaik untukmu wahai kesayanganku

jadilah 
isteri mithali untuk suamimu
anak solehah untuk orang tuamu
menantu terbaik untuk mertuamu
bakal ibu tercomel untuk bakal zuriatmu ;)
kau akan sentiasa menjadi kesayanganku