apa ertinya teman??
andai hanya gembira bersama
apa ertinya kawan??
andai duka bersendirian
beginikah berkawan?
tika waktu kita memerlukan
dibuat endah tak endah
muka masam mencuka
tutur bicara mula menyinga
tolak ansur entah kemana
aku berkawan bukan untuk persinggahan
aku berkawan untuk ditemani sepanjang perjalanan
ingin sentiasa bersama
barangkali tidak sehaluan
tetapi biarlah saling bergandingan
aku perlukan kawan
untuk berkongsi suka duka dunia
aku perlukan doamu kawan
andai aku tiada lagi
sesungguhnya doa temanlah yang aku harapkan
menjadi bekal ku disana
kawan,
andai ini pertemuan terakhir
maafkan diriku
andai ini perbualan terakhir
maafkan tutur bicaraku
andai ini senyuman terakhir
kenanglah dirku
kerana dirimu amat aku sayangi