06 October 2012

kami dah kahwinlah - novel pilihan








"jaga adik sepupu ni, macam jaga adik sendiri. tak boleh terlebih, tak boleh terkurang. pegang adat keluarga kita. adat turun temurun kita..." - nenek saripah

siapa kata berkahwin tak perlu restu, tak perlu persetujuan keluarga? taqib aryan dan sara cempaka. dua orang sepupu yang saling jatuh cinta. padahal pada zaman kanak-kanak, mereka lansung tidak bertegur sapa dan hanya jeling-jeling. tapi apabila keduanya dapat melanjutkan pelajaran di pusat pengajian yang sama, hubungan mereka menjadi makin mesra.

akhirnya mereka memutuskan untuk bernikah secara rahsia. rahsia yang disimpan dari london terbongkar apabila elman amar dan mak su mimie dapat mencium hubungan sebenar mereka berdua.

"kak sara suka abang?" - Muhamad Elman Amar
"petang semalam, mak su nampak kau orang berdua kat tepi tasik. betulkan itu kau orang?" - mak su mimie
"hari ni jangan tayang senyum sangat.. nanti makcik habibah dengan anak dia terpikat habis..." - sara Cempaka
"bimbang ke? kalau macam tu, sara janganlah tinggal suami tersayang ni sorang sorang. ada yang nak menempel karang." - raqib aryan

adakah rahsia hubungan mereka mampu diterima oleh keluarga terutama nenek saripah? rahsia perkahwinan mereka akan terbongkar dalam... kami dah kahwinlah!



bagi dida tajuk novel ni kurang menariklah macam tak berapa nak komersial sangat.. jalan cerita not bad tapi  ada part macam lebih kurang sama dengan beberapa novel laen yang dida pernah baca sebelum ini..
pastu konflik yang digambarkan kurang menyentuh kalbu.. cover novel menarik.. tapi agak berbaloilah jika nak memberli dan membaca..

komen ikhlas dari pandangan pembaca!

eh lupa nak letak photo yang dibayangkan pulak.. haha

sara Cempaka - shera aiyub
raqib aryan - zahiril adzim



nenek saripah - maimum mutalib ( suka sangat dia ni!!!)


maksu mimie - hanes suraya






selamat membaca semua!   :)

kahwin ganti - novel pilihan


Assalamualaikum..

jom layan novel kahwin ganti yuk! menarik wa cakap lu.... hehe



Perempuan yang bertudung semuanya sama! nampak baik tapi hatinya busuk! cinta konon! ada apa dengan cinta? dah bercinta nak kena setia. punyalah setia, kena tinggal juga! jadi seperti dia juga senangg. tempoh untuh berkawan dengan perempuan, hanya satu bulan. cukup masa tukar yang lain. muda lagi kut! enjoy la! - LUQMAN HAKIM

Bertunang, banyak dugaannya. ramai yang bertunang dengan orang lain, tapi nikah dengan orang lain. nikah terus lagi senang. lepas ni, boleh fokus pada belajar. bukan macam mamat seorang tu, sibuk kehulu kehilir heret perempuan yang bukan muhrin. macam manalah ilmu nak berkat kalau dok sibuk buat perkara tak senonoh
NUQMAN HAKIM

bila berdua dengan lelaki itu, bayangan nuqman selalusaja nampak pada dirinya biarpun perangai mereka ternyata berbeza. tapi, bila wajah itu tiada dihadapannya rindu pula mula menghimpit diri. dia sendiri tak pasti sama ada itu cinta atau sekadar kerana taat setia pada yang sah memilikinya.
MYA ZARA


Takdir Allah telah menentukan jodoh diantara Luqman Hakim, pelajar tahun akhir kejuruteraan kimia yang kasanova, dengan Mya Zara tutor mudanya yang juga bakal kakak iparnya tatkala Nuqman Hakim yang menghilangsecara tiba-tiba.


yang saya suka

"luqman.."
"apa  lagi ni?"
"awak tak jawab lagi soalan saya haritu kan?"
"soalan mana lagi zara oiii... saya ada paper esok ni. isyy... serabut la macamni."
"soalan tu la.. awak suka saya ke...."
"saya dah jawab, kan?" potong luqman tiba-tiba.
"mana ada! hari tukan... awak cakap...:
tiba-tiba luqman berpaling lalu satu ciuman diberikan dipipi kanan mya zara. mya terdia. dia tunduk malu. luqman pula hanya tersenym.
"zara, ada benda yang kadangkala tak perlu dicakap. cukup dengan perbuatan, dah jelas semuanya. jadi lepas ni saya tak mahu awak soal saya benda yang sama"


dalam novel nie, mya zara lebih tua berbanding luqman hakim.. tapi karektor luqman ternyata lebih matang berbanding mya zara. mya zara kekadang suka bertindak diluar kawalan dan menjadikan dia sangat comel!

semasa membaca dah jadi tabiat dida akan membayangkan muka watak-watak ni..
luqman hakim : redza minhat



mya zara: fazura




nuqman hakin: beto kusyairi



03 October 2012

kehilangan yang membahagiakan






assalamualaikum..
kebelakangan ni banyak sangat kenduri. sini kenduri sana kenduri
ramai jugaklah kawan-kawan yang slowly move to their next step..


jadinya next wedding my lovely kesayangan yang menjadi housemate for 3 years tapi rasa macam dah seplohtahun..
syazwana and iskandar
si pengantin wana ni kreatip orangnya.. tak percaya ke?  tu ce tengok baju nikah, tudung and veil tu.. 
dia buat sendiri taw! 
design, jahit baju, jahit manik semua sendiri
cantek and gojes gila!!


haa.. inilah baju yang dijahit sendiri tu
bestkan boleh jahit sendiri jimat belanja.. kekekke





ni sesi lafaz apa ntah, dida tak brapa pasti... tapi tyme ni serius sebak! mata semua orang semua sayu je.. pastu keadaan kat masjid pon senyap je. syahdu taw!







eh lupa!! bunga yang dia pegang tu pon dia buat sendiri? sekarang percaya dah kan yg dia ni kreatip! 





yang sebelum ni semua masa hari nikah.. nikahnya lepas asar...




sekarang semua pic hari sanding pulak
dida dengan rasminya dilantik jadi pengapit.. 
kata pengantin sebab dida ni ketot sama cam dia.. 
dats y she choose me! kahkahkah

nampak tak kami yang ketotkiutmiut? 



tyme ni boleh dapat rasa apa yang artis selalu rasa tu!
banyaknya la hai camera.. taktau nak pandang yang mana 1.. 



sebenarnya majlis depa ni takdak sanding2 bagai tu tapi rasanya hampir separuh hari pengantin kat atas pelamin tu sebab tetamu take turn nak amik gambar
kesian pengantin panas.. huhu





pengapit cmna plak kan?
pengapit lari sebab dah jumpa konco konco kesayangan nak sembang kecoh gelak sampai satu dewan dengar!
ni antara koncokonco kesayangan  tegar untuk bersembang! kalau berjumpa mereka ini sembang tak makan tak tidur pon takpe. 





lepas kasi chance tetamu lain posing2 dengan pengantin
pengapit dan konco konco kesayangannya serbu pelamin dan terus posing!




gaya 1: snap!!



gaya 2: snap!!



gaya 3: snap!



Gaya 5: snap!



Gaya 6: snap!




gaya 7: snap!





gaya 8: eh dah habes dah kasi chance family pegantin pulak!!
jadinya apabila anda menjadi pengantin anda perlulah serba boleh yakni sebagai perempuanlampu pon haruslah boleh!
kepada mana mana photographer yang kekurangan perempuanlampu sila drop comment kat ruangan yang tersedia!  ceeewaaahhh!!




untuk kesayangan saya yang paling kreatip :


banyak benda kita pernah kongsi bersama 
suka duka tangis dan tawa
aku bangga dan gembira punya kesayangan seperti anda
anda berdikari dan teruskan hidup dengan cara sendiri
ya aku bangga yang itu

sungguh aku rindu masa kita dulu tapi semua itu sejarah masa lalu
kini masing masing punya cara sendiri
anda bertemu dia sudah lama 
penyatuan anda buat aku gembira 
akhirnya hubungan halal terjalin jua
pillow talk kita masih ada bakinya
akan ku tuntut bila sampai masa
akan aku mintak izin untuk kita berkongsi cerita
akan aku korek sedalamnya! :)


aku doakan yang terbaik untukmu wahai kesayanganku

jadilah 
isteri mithali untuk suamimu
anak solehah untuk orang tuamu
menantu terbaik untuk mertuamu
bakal ibu tercomel untuk bakal zuriatmu ;)
kau akan sentiasa menjadi kesayanganku






30 September 2012

LOSER nya aku



message masuk
aku buka
dari dia kenapa tetiba
setelah mendirikan mahligai bahagia
inilah yang pertama
bertanya khabar aku dan dia
katanya tengah gembira menanti juniornya
oh... apakah?
minda negatif bergerak hebat
adakah hanya itu tujuannya
mengkhabarkan yang dia kini bahagia
menanti orang baru bakal hadir
membezakan diriku dan dirinya
dan diriku masih sendiri
tetapi selama ini aku bahagia begini
tetapi kerana message itu
aku rasa
LOSER nya aku!!

Mencuba

Testing

21 September 2012

wedding ainul dan pasangan




Assalamualaikum..

entah ada yang baca ke tidak  dida nak update jugak
at least nanti dah tua-tua dah hilang semua photo, blog ni boleh buat kenangan sepanjang zaman..
 nanti dah ada anak cucu boleh bagi depa baca.
dulu opah gini la, opah gitu la.. bla bla bla..



jadinya kali ini nak cerita dan share photo wedding my close friend since primary school, sekolah menengah sekolah laenlaen tapi still contact each other tuition sekali jalan jalan kat town samasama.



awal awal lagi ainul ni dah choopd dida suruh amik cuti hari wedding dia sebab nak suruh temankan (maksudnya jadi driver) dia pergi makeup.. the day before tu pergi amik cake yang dia tempah. 
ainul nikah dan sanding pada hari yang sama. 4 syawal rasanya maaf sebab tak ingat tarikh! huhu




paginya seawal 730 pagi dida dah siap siap gerak kerumah pengantin then terus ke alor setar pengantin booking makeup kat sana.. kena awal sebab akad dijangka pukol 1030 pagi..
lepas makeup siap kena tunggu kek tingkat2 sampai.. jadinya kami bosan dan kami bergambar









selesai je majlis akad nikah di masjid, terus balik rumah tukar baju touch up makeup untuk majlis sanding pulak. jadilah dida dan cikin (sorang lagi kawan dari sekolah jugak) mak andam bidan terjun
cikin ni nampak je kurus kecikmolek sebenarnya dia bakal jadi mummy taw..tak sabaq pulak dida rasa..




lepas dah siap touchup bagai.. terus la posing sana sini


jumpa lagi temanteman lama.  





photo yang paling dida suka!






selamat pengantin baru ainul dan din
semoga bahagia sepanjang hayat..
 wish both of u all the best 

29 July 2012

saja isi masa lapang. hilangkan mengantuk tapi tatau nak letak title apa.



Have You Ever

Broken a bone : tak pernah.. budak baek katakan
Been in a police car :tak jugak..
Fallen for a friend : pernah! beberapa kali jugak la.. 
Fallen for a guy/girl in a short time : sure! suka at 1st time tengok, lepas kenal atau tahu lebih jadi tak suka..  
Swam in the ocean : Pernah ke tak eh.. kalau kita dlm air tp pegang tangan orang tu kira tak? 
Broken someone's heart : pernah! pastu menyesal sampai sekarang. ntah kat mana la dia sekarang. rindu plak rasa.. eh!!
Cried when someone died : sure!
Sat by phone all the night waiting for someone call : dulu ada lah.. sekarang tak.. tidoq lagi bagos..
Saved emails : Ada ada!
Been cheated : Pernah jugak..


What


Your room look a like : sepah sikit pagi tadi sebab bangun lambat! phheeuuuwww..
What is right beside you : calculator. baru lepas buat calculation for ducting
What is the last thing you ate : nasi, ayam bakar makan pagi tadi.. 

Who


Who was the last person you danced with : adik! semalam menggila sat dengan dia.. haha
Who last made you smile : officemate. tadi pegi usha2 baju raya.


Final Question


What are you listening to right now : Alyah -pesananmu
What did you do today : habiskan calculation yang tertangguh last wek.
Are you the oldest : Yes. With two sisters.
Indoors or outdoors : mana2 pon layan.. haha

Today Did You


Talk to someone you like : Belum. never pon sebenarnya.. ANAS AMDAN! bila awak nak call saya ni? 
Kiss someone : Belum.. puasa ni.. eceeeehhhh!!
Sing : i am rite know.. 
Talk to an ex : tak! tak perlu kalau xde yang ppenting..
Miss someone : yes!! tp bukan someone.. rindu semua kesayangan2..
Eat : dah.. pagi tadi.. ahakz!


Last Person You Talked Who


You talked on the phone to : Mak.. call dia cakap tak berbuka kat rumah today.  ;)
Made you cry : tak ingat.. dah lama tak nanges..
You went to mall with : officemate. -azie n kak ct-
Who cheered you up : kesayangan saya.


Have You

Been to Mexico : tak
Been to USA : tak jugak (sedih je)


Random


Have a crush on someone : rasanya semua pernah..
What books are you reading right now : buku takde.. catalog nak instal chimney kat kilang adalah tadi.. 
Best feeling in the world : bila x perlu fikir apa2 kot.. macam masa zaman kanak2 dulu.. hidup bebas dari masalah.
Future kids name : mana bole bagitahu! nanti ada orang tiru.
Do you sleep with a stuffed animal : tak paham apa stuffedd animal.. haha
Favourite place : mana mana.. janji ada family dan kesayangan!
Who do you really hate : tak perlu nak really hate sangat la..
Do you have a job : yezza! kat office pon sebenarnya ni.
What time is it now : 4:17 pm






credit :::  http://apihelnino.blogspot.com/

27 July 2012

Kan Kukejar Cinta Kamu

 Assalamualaikum



dah baca belum novel karya Fauziah Ashari? korang mesti macam pernah dengar kan nama penulis ni.. tapi ingat tak kat mana? haaa... tak ingat jugak? ishhh  korang ni.. dialah penulis novel ombak rindu yang difilemkan yang menampilkan aaron aziz, maya karin dan lisa surihani tu. sekarang  rasa teruja tak nak membaca? disebabkan terlebih teruja lah dida dengan semangatnya membeli dan membaca.




sebelum tu bacalah sinopsisnya yang kat belakang buku tu.









Mereka bertemu ketika sama sama belajar di luar negara. Dua tahun berkenalan mengukuhkan cinta mereka. Kerana cinta, mereka lupa pesanan papa dan abah mereka. Kerana cinta mereka  berkahwin secara senyap sebelum tiga bulan kembalinya ke tanah air.

Sehari selepas berada di tanah air, Raiyan kemalangan hingga menyebabkan dia kehilangan identiti diri dan keliru sentiasa. Alma hilang arah. Papa pernah berpesan, "jangan dekati keluarga Datuk Raqib (datuk Raiyan).

Nek Bonda (nenek Raiyan) ada mengugut. "Sekali kau dekat dengan Raiyan , berkali kali kau akan kecewa." Raiyan juga pernah berpesan, mereka mesti sama sama hadapi halangan keluarga . jika bersendirian, boleh karam. Ada makna pesan suaminya. Rupanya, Nek Bonda ala ala Hitler!!

Alma atur strategi. Tanpa mendeddahkan statusnya sebagai isteri, (tapi Nek Bonda tahu statusnya) dia buru dan dekati Raiyan dalam senyap. Dia melanggarperintah papanya dalam diam. Dia ingkar amaran  Nek Bonda demi cinta dan rindunya. Jika terang-terangan menjatuhkan ego dan maruah papa. Jika berterus terang hidup keluarganya terancam. Dan, tak mustahil Raiyan yang keliru  terus lari!

You ni cantikk. Buat I tergoda selalu. Tapi sayang, macam-macam perangai, buat I tergolek, pening tau.-Raiyan.

"Perkahwinan ni rupanya memang betul betul kesilapan.I harap sangat bukan kesilapan." Itulah ayat Raiyan, kunci keyakinan Alma. Dia redah lagi onak dan duri demi mengambalikan bahagia dua tahun tiga bulan di Ireland tanpa kelibat  Dilaila, Huzail, Qistina, Zack, papa, abah, dan Nek Bonda si Hitler....





Pertama kali dida baca dida rasa kurang menarik berbanding ombak rindu. tapi disebabkan ada suatu ketika dida tak beli novel untuk dibaca sebelum tidur jadinya dida ulang baca dan second tyme baca ni terus rasa sangat menarik dan jatuh cinta. menariknya sebab watak perempuan nya Alma sangat berani dalam menegakkan cintanya. Dia juga seorang yang pandai menggoda suami dan kadang kadang nakal. untuk watak Raiyan pulak dida kurang suka sebab dia digambarkan seorang yang berambut panjang jadinya dida rasa tak kacak dah.... 

26 July 2012

Kehilangan Yang Menggembirakan


Assalamualaikum.



entry ini entry teristimewa rasanya setakat ini.
entry punya semua perasaan yang mampu dirasa



gembira akhirnya dia bertemu bahagia bersama sidia yang dia cinta
sedih kehilangan sahabat yang paling manja
suka dapat bertemu teman teman lama
rindu nak bersama seperti dulu kala








majlis khatam Quran berlansung malam. dida, wana dan pipah sampai sedikit lambat gara-gara mee udang kuala sepetang. aishhh sempat aje nak melencong!! hehe jadinya masa kami sampai majlis tengah berlansung. dari pagar dah dengar alunan suara orang mengaji. syahdu terasa. sampai je kat pintu nampak macam dah penuh. jadinya ingin hanya berada di laman dan menunggu majlis tamat. suddenly ada sorang makcik ni panggil kami suruh masuk katanya adaa ruang lagi. masuk je ada ruang muat muat untuk 3 orang. syukur kerana kami boleh menyertai majlis. 



habis sahaja majlis anak anak bersalaman dengan ibu mereka. part ni dida dah tak mampu nak kawal perasaan. bergenang air mata. tambahan pula adegan ini berlaku betul betul depan dida. ibu mereka berbaju pink bertudung coklat. dida yang nampak tudung oren tu. nampak tak berapa dekatnya dida dan tempat peristiwa? siapa yang kata jauh tu sila berjumpa pakar mata!






esoknya berlansung majlis akad nikah. 
sampai sampai je terus kena paksa bergambar.. eh terus paksa mereka snap gambar.. haha



mai dida kenalkan dengan gadis ini
dari kiri :  KakDidaComel, Aqilah, Wendy, Atun, Pipah 





pastu terus serbu bilik pengantin yang dihias sendiri oleh ibu tersayang. sangat nice okeyh. aunty nanti aunty tolong hiaskan bilik saya pulak bole? hehe *sambil angkat kening sebelah






pastu ada orang cakap shafiq dah sampai and pka dah kena keluar bilik. masa ni dah mula rasa sedikit kehilangan sahabat manja saya ini. tapi kehilangan yang akan buat semua gembira dan suka.


aku paling suka photo kat atas ni sebab.. sebab.. entahlah i just loved the photo.. 




majlis yang pada awalnya tenang menjadi sedikit ceria dek lawak dan gurauan daripada tok imam. mungkin untuk mengurangkan getar dihati semua terutamanya dihati pengantin lelaki.


dengan hanya sekali lafaz nur zhafika sah menjadi milik muhammad shafiq
syukur semuanya..








comelkan mereka. mereka sangat sporting. pengantin paling sporting i've ever meet. 





sekarang adalah waktu gambar beramai ramai bersama sahabat handai 



dan juga bersama kesayangan saya.
kami decide untuk berbaju purple jadinya semua kesayangan saya berbaju purple

comelkan purple punya team! hehe




untuk kesayangan saya yang paling manja :

saat ini aku yakin kau bahagia bersama dia
aku juga gembira melihat kau dengannya
kau sudah punya teman lena yang dulu selalu kita lakukan bersama ;)
masih terbayang setiap pagi kau akan baring disebelahku sesudah terjaga
sungguh aku rindu moment itu
kini lenaku bertemankan bantal hijau yang kau bagi suatu ketika dulu 
aku doakan yang terbaik untukmu wahai kesayanganku

jadilah 
isteri mithali untuk suamimu
anak solehah untuk orang tuamu
menantu terbaik untuk mertuamu
bakal ibu tercomel untuk bakal zuriatmu ;)
kau akan sentiasa menjadi kesayanganku




23 June 2012

cuti cuti malaysia - edisi terengganu


assalamualaikum.



semasa menghadirkan diri dimajlis tautan hati roomie kat terengganu minggu lepas lepas. dida dan kawan kawan ambil peluang berjalan pusing terengganu. disebabkan masa yang tehad hanya beberapa tempat je yang sempat disinggah huhu



so lets photo talk




 yang ni kena paksa dengan lie ambil dari belankang seni katanya.. haha





photo konon comel! tapi rasanya macam hakikatnya comelllllssss..  ;P






photo berkumpulan but mis someone encik fotografer.. tq dam!










pantai yang superdupersantek! 





 bersihnya pasir!





candid yang berjaya! 





 ini tyme on da way balik. masing masing bosan sebab jammed teruk kat area bukit bunga. jadinya pilot dan  co-pilat saya sempat main game nak hilangkan bosan..





tapi nampaknya bosan jugak




jadinya mereka



jadinya menganbil keputusan untuk bergelak ketawa bersama lawakkeder?