Assalamualaikum.
entry ini entry teristimewa rasanya setakat ini.
entry punya semua perasaan yang mampu dirasa
gembira akhirnya dia bertemu bahagia bersama sidia yang dia cinta
sedih kehilangan sahabat yang paling manja
suka dapat bertemu teman teman lama
rindu nak bersama seperti dulu kala
majlis khatam Quran berlansung malam. dida, wana dan pipah sampai sedikit lambat gara-gara mee udang kuala sepetang. aishhh sempat aje nak melencong!! hehe jadinya masa kami sampai majlis tengah berlansung. dari pagar dah dengar alunan suara orang mengaji. syahdu terasa. sampai je kat pintu nampak macam dah penuh. jadinya ingin hanya berada di laman dan menunggu majlis tamat. suddenly ada sorang makcik ni panggil kami suruh masuk katanya adaa ruang lagi. masuk je ada ruang muat muat untuk 3 orang. syukur kerana kami boleh menyertai majlis.
habis sahaja majlis anak anak bersalaman dengan ibu mereka. part ni dida dah tak mampu nak kawal perasaan. bergenang air mata. tambahan pula adegan ini berlaku betul betul depan dida. ibu mereka berbaju pink bertudung coklat. dida yang nampak tudung oren tu. nampak tak berapa dekatnya dida dan tempat peristiwa? siapa yang kata jauh tu sila berjumpa pakar mata!
esoknya berlansung majlis akad nikah.
sampai sampai je terus kena paksa bergambar.. eh terus paksa mereka snap gambar.. haha
mai dida kenalkan dengan gadis ini
dari kiri : KakDidaComel, Aqilah, Wendy, Atun, Pipah
pastu terus serbu bilik pengantin yang dihias sendiri oleh ibu tersayang. sangat nice okeyh. aunty nanti aunty tolong hiaskan bilik saya pulak bole? hehe *sambil angkat kening sebelah
pastu ada orang cakap shafiq dah sampai and pka dah kena keluar bilik. masa ni dah mula rasa sedikit kehilangan sahabat manja saya ini. tapi kehilangan yang akan buat semua gembira dan suka.
aku paling suka photo kat atas ni sebab.. sebab.. entahlah i just loved the photo..
majlis yang pada awalnya tenang menjadi sedikit ceria dek lawak dan gurauan daripada tok imam. mungkin untuk mengurangkan getar dihati semua terutamanya dihati pengantin lelaki.
dengan hanya sekali lafaz nur zhafika sah menjadi milik muhammad shafiq
syukur semuanya..
comelkan mereka. mereka sangat sporting. pengantin paling sporting i've ever meet.
sekarang adalah waktu gambar beramai ramai bersama sahabat handai
dan juga bersama kesayangan saya.
kami decide untuk berbaju purple jadinya semua kesayangan saya berbaju purple
comelkan purple punya team! hehe
untuk kesayangan saya yang paling manja :
saat ini aku yakin kau bahagia bersama dia
aku juga gembira melihat kau dengannya
kau sudah punya teman lena yang dulu selalu kita lakukan bersama ;)
masih terbayang setiap pagi kau akan baring disebelahku sesudah terjaga
sungguh aku rindu moment itu
kini lenaku bertemankan bantal hijau yang kau bagi suatu ketika dulu
aku doakan yang terbaik untukmu wahai kesayanganku
jadilah
isteri mithali untuk suamimu
anak solehah untuk orang tuamu
menantu terbaik untuk mertuamu
bakal ibu tercomel untuk bakal zuriatmu ;)
kau akan sentiasa menjadi kesayanganku
:)
ReplyDelete;) rindu!
Deletesyahdunyer...
ReplyDeletehaha!
Deletenk share leh x? :))
ReplyDeletesilakan.. hehe
Deletesuwittt kan dorang dua ni!hehehe~ congrate syafiq n kak pka! =)
ReplyDeletesuweeettt sgt2... hehe
Delete