30 December 2010

ini cerita slipper dan nasi ganja

kejadian yang aku nak share neh berlaku beberapa hari yang lepas.
lepas kelas, tapi sebenarnya selepas kelas yang dibatalkan setelah menunggu hampir sejam

dalam pukul 2 dengan menaiki scooter kesayangan aku dan farzana berhenti di tepi jalan untuk membeli nasi ganja. u ol tahu tak nasi ganja tu cenggane? ha?? tak tahu meh sini nak story. if ada yang tahu ko diam!

ok kawan-kawan. nasi ganja tu murah taw. rm2.50 ada nasi yang banyak(kalau aku makan mesti tak pernah habes) bersama seketul ayam yang boleh tahan besar. makan mesti puas hati. student sangat suka nasi ganja. makcik or abang-abang yang jual nasi ganja akan tersenyum gembira dan bangga terutama pada hujung-hujung sem.


inilah rupanya nasi ganja

berbalik kepada cerita sebenar, semasa aku beratur nak membeli nasi tu. ada abang yang agak kacak kat depan sedang membeli. so, aku pon sabar jek la. sedang bersembang dengan wani yang nak beli jugak (farzana tunggu jek kat scooter sebab dia malas nak line up.) aku tetiba menggangkat kaki dan SUDDENLY!!!!!!!!!!!!!!! slipper aku terpelanting kesisi. OMG!!!!!
jarak terpelanting tu bukan dekat ye tuan2 dan puan2. jaraknya hampir 5 meter dari tempat kejadian. malu weyh... abang2 tu semua tengok dan senyum2.

haha!! tahniah shazida. berjaya memalukan diri anda disitu.
apalagi terus amik slipper dan berjalan dengan penuh gaya kearah farzana pakai helmet dan paksa farzana pergi beli. aku buat buat tengok hanphone and control muka like nothing happen.
after beli terus balik rumah. odw tu apo lagi.. gelak sampai pecah perut.

29 December 2010

saya tak sabar!

wahai incik PTPTN. bile nak jengah my account ha?
my purse dah makin nipis nie.

my mind and nafsu makin melonjak-lonjak nak beli itu ini.
nak pergi sana sini.
tapi kekangan nya andalah incik PTPTN!!!
cepatlah jengah.
saya dah tak sabar ni.

23 December 2010

sape nak roomate ngan aku??

almost sebulan jek lagik...

mengikut life planning aku masa sekolah menengah dulu, ada la tyme tu umur aku 16-17 tahun
aku nak kawen masa umur aku 24. nak ada anak dalam umur 26. ekonomi mesti dah stabil masa aku 23-24.

wah!!! sekarang macam mana??
next month aku akan masuk 24. what??? 24 owkeyh!!
dah tua dah weyh.. lagi satu, life planning aku kena ubah totally. semua tak tercapai lagi nie. ekonomi compem la tak stabil kan.. study pon belom habes lagi. next year baru habes. InsyaAllah. harap dipermudahkan.

bab kawen pon sama, kena ubah jugak. calon roomate pon tatau kat mana. tak jumpa-jumpa pon lagi. ada sesiapa yang nak jadi roomate aku tak?? kosong lagi nie. cepat. mintak borang.
chop2!!!!!!!!

aku nak lelaki jek taw.. haha!

02 December 2010

lepas final, ramai akan ..........................


Tidur sepuasnya konon nak cover balik tidur yang tak cukup tyme study week. Tapi aku bukan tak cukup tidur terlebih tidur adalah. Haha! Ada jugak yang cakap tidor sebab nak bagi otak rest after berhempas pulas untuk exam.


anda bole tidur macam ni jika anda fikir bole lulus dengan jayanya iaitu anda yakin 4 flat. kalo tak, jangan harap ok.

Tengok wayang and maen bowling beramai ramai. Ni yang agak best bagi aku la. Bole gelak puas-puas macam bowling tu kita yang punya.ahakz!! semalam (1.11.2010) kami pegi maen boling sampai tempat yang keluar bola tu – ntah apo la namanye- berasap and berbau hangit. Cuba korang bayangkan weyh apa reaksi kami. Macam OMG!!!!! Kami HOT sangat ke sampi berasap. Laalallala~ keadaan menjadi kelam kabut seketika. So aku just undur belakang rilex jek kat tepi buat2 mcam xde mende yang berlaku. Padahal tengah pikir sebab musabah asap keluar. After semua dah setel terus sambung maen. Aku kalah!!!!!! The end of story. Kalau menang mau nak cerita lagi kan… hahahhaha~

nampak mcam hebat kan?? kan?? jawab YA!!
owkeyh tQ.

dDating. Ini ditujukan kepada sesapa yang ada kapel. Tapi untuk ang dida, jangan mimpi!!! Ang nak p dating dengan sapa?? Cuba habaq mai. Urmmmmmm…… xde jawapan kan. Ha! Sudah. Buat aktiviti laen.

4.Baca novel and blogwalking. Ini untuk sesapa yang berminat sahaja owkeyh. Kalau aku, both aku suka. Tapi untuk kali ini xde novel yang baru so aku blogwalking jek la. Besh jugak. baring atas katil sambil membela lemak-lemak yang sedia ada .