15 December 2011

baju pengantin artis yang santek






assalamualaikum..










memandangkan sekarang ni musim orang bersanding, kahwin, nikah dan bertunang dida pon suka suki hepy nya search kat incik google kesayangan semua baju sanding, kahwin, nikah dan bertunang artis artis malaysia.












pilihan pertama baju shera aiyob time bertunang. yang ni memang dida suka gila-gila lah!! comel dan suweeeeetttt sangat. simple je tapi.... ish sampai tak terluah dengan kata kata. over you!!
kalau boleh nanti nak yang lebih kurang gini jugak lah!! *mood berangan!!

















yang kedua baju sanding farah breepp.. breeepp... yang ni dari tudung makeup baju semua aku suka.. cantek cantek dan tak over.














yang ketiga baju nikah nurul shuhada majalah tiga
penat cari gambar baju ni yang close up dan dari pandangan depan tapi tak jumpa. sob3!! tapi kalau tengok dari tepi gini pon cantik!! bunga yang die pengang tu pon cantek.














yang keempat shera jugak. tapi yang ni baju sanding dia. manik kat baju dia tu memang cantek pastu kainnya yang kembang semangkuk tu memang buat dia nampak ayu and suweeetlah!!

















last sekali baju isteri ashraf muslim.. eh tadi kata baju artis, tapi ni isteri artis kira bolehlah kan.. gabungan putih dan soft purple memang boleh buat orang nampak ayu kan?








yang semua pilihan ni ikut mata dida. kalau ikot mata korang pulak mayb korang suka laen kan... lepas ni rasa nak search pelamin-pelamin yang cantek pulak lah.. tu pon kalau rajen lah!!









13 December 2011

berbahagianya mereka. ya aku cemburu!





Assalamualaikum..





lamanya tak hapdate belog ni
seriusly memang nak hapdate tapi kekangan masa lah pulok.
banyak aktiviti sikit kebelakangan ini
dengan kenduri sana sini (*jeles dgn org kahwen), interview for better job (untuk masa depan anak anak. *ecececce), kesihatan yang kurang meyakinkan.






alasan jek semua tu.
hendak seribu daya, taknak seribu dalih
iye dak??




kenduri kahwen ekin dan bo'an
tanjung piandang, perak





dida dan kawan-kawan konvoi 3 kereta then jumpa the rest kat rumah kenduri je.
iyelah semua dari arah berbeza kan



dida pergi penang sehari sebelum majlis dan stay kat rumah member area mak mandin
gerak dari rumah dalam pukul 12:00 tgahhari untuk ke seberang (ish bukan indonesialah) seberang penang je untuk pick up jejaka hitam manis helmi. dia kerja halfday haritu so bajet sebelum 1 petang dah bole gerak dari rumah dia. tapi nampaknya jammed diatas jambatan membuatkan dida dan wani lambat sampai rumah helmi. tension jugaklah tyme tu, cik mahyun (our lecturer) dah call 2-3 kali sebab janji nak sampai rumah dia pukul 130 tapi 130 tu baru sampai rumah helmi. haahhaha

maaf ye cik mahyun ;D








camwhore jek la kalo layan kan jammed ni anda akan jadi tension macam driver saya kat bawah ni..
muka tension driver sampai cik GPS pon kena marah..








inilah pengantin perempuan yakni kawan dida selama 4 tahun di unimap



pengantin with the bodyguard



and



the girls!!
single but not available taw!




16 November 2011

08 November 2011

paling best, cute,comel... semualah!



Assalamualaikum




last week before eid adha korang semua ada tengok anugerah skrin tak?
overall bagi dida biasa biasa je.
tapi dida paling suka persembahan closing yang ada
fathia ft ferhad
kilafairy ft aizat
wawazainal ft akim
liyanajasmay ft tomok.



kalau yang belum tengok silalah layan klip dibawah ni




*baju fathia cantek tapi kalau pendek sikit lagik cantek rasanya. kalau nak labuh rasanya perlu dikuncupkan sikit tahap kekembangan skirt tu.

*kila fairy ft aizat memang best even ada salah lirik sikit. dua-dua single kan. korang kapel jek la.. haha sukasuki dida je suruh dorang kapel kan... haha

*akim seems like terlebih feel ja. wawa zainal memang stay cute. korang pon kapel lah!! mesti jadi kapel paling cutecomel taw!!

*liyana jasmay memang comel. takpenah salah pilih baju. liyana!!! awak cute lah... nak suruh si tomok ngan liyana kapel memang tabole lah. huhu

*kalau liyanajasmay ft aizat macam menarik jugak kan.

*lagu aku penghibur tu memang terhiburlah!! bertenaga habes










ini betol betol oldskul




Assalamualaikum semua!





second day of eid adha dida keluar makanmakan dan jalanjalan dengan kawan-kawan lama





we are ex sekolah kebangsaan tanah merah

*muka semua tengah tahan nak tergelak sebab lepas set timer terus adik pizza tu datang hantar air. habes pic rasmi kitorang taw!



kitorang kazen merangkap oldskulmate.
ini mungkin akan jadi last keluar makanmakan jalanjalan dengan mun sebab mun dah nak kawen!!! *ok dida jeles.




dida panggil dia datin anis. sebijik dowh macam datin gaya ang anis bila pakai spec.
yang ni serius oldskulmate. sebab lepas keluar je sekolah rendah tu ni rasanya first time kitorang lepak semeja. kalo jumpa tepijalan kat kedaikedai tu adalah kot.
*ahhh pelupa sebab faktor usia. huhu



start bercerita dah datin anis ngan fahilah ni.
*fahilah selalu je jumpa sebab dia praktikel kat alor setar jugak, so kadang kadang balik sama-sama.




ce tengok anis sekarang macam datin yang muka menyampah kan!

ini menu yang kitorang pilih.









01 November 2011

bertuahnya suami mereka



SEREMBAN: Seorang suami terpaksa melakukan tanggungjawab yang mungkin tidak pernah dibayangkannya sebelum ini iaitu menjamin dua isterinya yang ditahan pihak berkuasa kerana berkhalwat dengan seorang lelaki di sebuah hotel di Port Dickson, dekat sini.

Difahamkan dalam operasi itu, sepasukan penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) melakukan pemeriksaan di sebuah bilik hotel berkenaan selepas menerima maklumat berhubung kegiatan maksiat yang berlaku.


Kedua-dua wanita bermadu berusia 30-an itu ditahan selepas didapati bersekedudukan dengan lelaki berusia 30-an di sebuah hotel terkemuka di kawasan pantai peranginan popular itu.

Sumber berkata, ketika serbuan kira-kira jam 3 pagi Khamis lalu, anggota penguat kuasa memberi salam sebelum mengetuk pintu bilik beberapa kali dan menunggu kira-kira setengah jam sebelum dibuka seorang wanita berpakaian lengkap.


Menurutnya, anggota penguat kuasa melakukan pemeriksaan sebelum mendapati seorang lelaki dan wanita lain berpakaian lengkap juga berada di bilik hotel berkenaan.


“Ketika disoal siasat, dua wanita dan lelaki itu mengaku mereka bukan suami isteri atau mahram. Lebih mengejutkan, hasil soal siasat mendapati kedua-dua wanita berkenaan bermadu dan datang ke daerah itu kononnya untuk bercuti dari ibu kota,” katanya kepada Harian Metro, di sini, semalam

Katanya, untuk membuktikan dakwaan dua wanita itu sahih, anggota penguat kuasa menghubungi suami mereka dan lelaki berkenaan turut mengakui kedua-duanya adalah isterinya yang sah.


“Hasil soal siasat, kedua-dua wanita itu mengakui mereka menipu suami mengatakan mahu pergi bercuti bersama di tempat peranginan itu. Malah, kedua-dua mereka memang madu yang baik dan rapat berdasarkan soal siasat dijalankan,” katanya.

Menurut sumber, ketika disoal siasat madu terbabit dengan keadaan muka yang pucat lesi memberi alasan mereka datang bercuti bersama.


Katanya, lebih menyedihkan, suami kedua-dua wanita itu terpaksa datang dari ibu kota semata-mata untuk menjamin isterinya yang curang.


“Semua mereka dilepaskan dengan jaminan sebelum didakwa di mahkamah atas tuduhan berkhalwat,” katanya.


Sementara itu, Ketua Penolong Pengarah Penguat kuasa JHEAINS, Ahmad Husaini Mustafa mengesahkan tangkapan berkenaan.


“Kes disiasat mengikut Seksyen 61 (1) Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan 1992 kerana terbabit dengan kegiatan khalwat atau melakukan persetubuhan haram,” katanya.



*suaminya sangat bertuah sebab mempunyai isteri isteri yang baik. takde lah bergaduh walaupun bermadu.
*wanita yang bermadu ini memang suka berkongsi agaknya. suami kongsi. sampai berkhalwat pon berkongsi. memang taste depa sama! ilike,,



berita ini delaporkan oleh harian metro edisi selasa. 01112011



29 October 2011

Surat Untuk Abang Dan Adik - nanges aku woiii






Mengisahkan kisah seorang adik yg selalu tulis surat kat abang dia..Dan dia xtau pon abg dia balas surat tu….hmmm..;(

Aku ada abg..Dah lama berpisah..Tapi aku selalu utus surat kat die yg kat kampong..Satu pon x berbalas..

2 Tahun lepas..Aku menikah tanpa izin abang..Sebab puas aku cari tapi x jumpa dia..Sepanj…ang perkahwinan aku..Aku x tenang..

Cuti sekolah yang lepas..Aku ajak suami aku balik kampong..Aku nak bersihkan rumah pusaka makl dan ayah.. Semasa membersih rumah using tu..Aku tersapu surat yang aku kirimkanpada abangku 2 tahun yang lalu..Sebelum aku menikah…suratnya macam ni..

“Khas buat abangku,

Abg, ko ingat lagi x..

Mak ngan ayah meninggal mase aku Darjah 5..ko plak Tingkatan 5.., Masa tu diorang eksiden sebab nak beli kek befday aku sebab aku baling semua perhiasan kat umah kite, sampai mak terpaksa pegi beli ngan ayah..Tapi aku hairan mase tu, ada satu bekas kaca yg aku pecahkan..tbe2 banyak air keluar..Tapi ko cepat2 lap lantai umah kite..Tapi aku x amik kisah pon sal hal tu..

Sebelum pegi, diorang cium kita berdua. Diorang cakap

“ Abg, ko jaga adik. Jangan bagi nangis. Kalo mak dah xde, ko jangan tinggal die. Ingat sket mak ngan ayah ko ni..Jangan sesekali biar die sorang-sorang “

Ko ingat x..

Sebelum diorang pegi beli kek, ko balik dari sekolah, ko belikan aku pengikat rambut warna biru, sebab ko ske warna biru kan..Tapi aku campak kat longkang belakang umah kite, Sebab aku suke warna pink. Lepas kejadian tu..ko x penah ucap bufday kat aku lagi..Sampai sekarang..

Abg, ko ingat x..

Kita hidup 2 orang je lepas tu, ko x sekolah lagi..Ko pegi mana pon aku xtau..Tapi malam malam baru ko balik dan xpernah cakap ngan aku, Ingat tak, aku masak untuk ko, Tapi ko xmakan pon..Last2 pagi esok aku nampak ayam2 yg makan.Ko x penah ucap terima kasih kat aku.

Abg, ko ingat x..

Pernah sekali aku mintak duit nak pegi sekolah, Tapi time tu ko tengah tido..Aku amik Dua riggit dalam poket jeans ko..Masa balik sekolah, ko lempang aku sampai mulut aku darah. Tapi ko x pujuk aku balik pon..Tapi keesokannya,nasib baik luka tu dah elok..

Abg, ko ingat x..

Semasa umur aku 18 tahun..ko hantar aku kat Kuala Lumpur, umah Pak Long..ko cakap ko ada hal..Tapi sampai sekarang ko x datang amik aku..Berpuluh surat aku titipkan bersama airmata aku pada kau..Kenapa tiada sebarang balasan..Kenapa abg??

Sekarang umur aku dah mencecah 26 tahun, dan umur ko dah pon 32 tahun, aku sudah pon disunting orang..Ketika hajat untuk menikah aku sampaikan surat lagi pada engkau..Kenapa kau diam je? Kenapa ko x cakap apa2? Aku perlu izinmu sebagai wali aku..

Abg,

Jika kau dapat surat ni..Katakanlah pada aku..Ada apa sebenarnya yg sedang berlaku..

Salam sayang,

Adik.”

Aku mula terasa yg teringin nak selongkar rumah pusaka ni…Yelah.. Nak balik jarang sangat..

Masa aku buka balik almari aku yang buruk yang dah kena makan anai2..Tibe ada satu kotak besar jatuh and banyak kotak2 kecik serta sampul2 surat..

Dan tiba2 aku terpandang satu surat yang cantik sangat…dan aku buka…

“Assalamualaikum..

Kehadapan adikku yang jauh di mata ..

Maafkan abg kerana tidak membalas satu pon surat yang engkau kirimkan..Kerana aku tidak berdaya sayang..

Aku masih ingat detik kemalangan mak dan ayah kita..Iye, kau pecahkan perhiasan rumah..Tahukah kau salah satu perhiasan di situ adalah hadiah untukmu?? Mesti kau tidak perasan..Yang pecah itu adalah sebuah balang ikan emas yg telah aku, ayah dan mak belikan untuk kau..Tahukah kau ayah masih berhutang dengan apek yg jual ikan tu di pekan..

Adikku sayang..

Aku tau kau tak suka warna biru..Tapi aku beli pengikat rambut itu untuk kau..Supaya kau akan ingatkan aku sentiasa bila kau pakai pengikat rambut itu..Walaupon kau dah campakkan pengikat rambaut tu..Aku dah ambil balik, dan basuh..dan telah aku letakkan dalam sebuah kotak kecil di rumah kita..Nanti kau ambil ya..

Adikku sayang..

Jangan lah kau bersedih kerana aku sudah tidak ucapkan lagi tanggal hari jadi mu..Kau pon sudah lupa ya..Pada tarikh itulah kedua orang tua kita meninggal..Aku tak sanggup melihat tangisan engkau bila aku ucapkannya..Aku harap kau mengerti..

Adikku sayang..

Tahukah kau kenapa aku hanya balik bila malam saja..Kerana aku bekerja di pekan..Mengangkat guni2 untuk letak dalam lori..Untuk menyara engkau..Untuk membeli buku sekolah engkau, makan kau, baju-baju engkau dan semua persiapan kau..Kerana masa itu,..Kau sangat terkenal dengan kecantikan kau, Ramai yg memuji..Aku harus sediakan perhiasan untuk kau..Supaya kau tidak rasa malu..Aku tidak pulang siang hari kerana aku takut jika engkau dicerca kerana abangmu yg kelihatan seperti pengemis ini..

Adikku sayang,

siapa cakap yg aku tidak menjamah masakan kau..Aku akan makan masakan itu sebelum subuh..Sebab aku perlukan tenaga untuk siang hari, dan aku makan semasa engkau tidur..Supaya jari-jarimu tidak tercedera dan kasar semasa basuh pinggan dan matamu tidak bengkak kerana menemani aku makan..

Adikku sayang,

aku malu untuk ucapkan terima kasih..Kerana engkau banyak berkorban untukku..Kau menyediakan makanku dan segalanya..Adakah ucapan itu cukup untuk membayar semuanya?? Jika aku ucapkan terima kasih..Biarlah aku ucapkan di akhir hayatku..Kerana terima kasihku untukmu adalah ntuk semua yg kau lakukan semasa hidupku..

Adikku sayang,

Maafkan aku kerana aku memukulmu..Tahukah kau mencuri dan mengambil barang tanpa kebenaran adalah berdosa? Aku tidak sanggup untuk mengherdik kau lalu aku putuskan untuk memberi pengajaran yg akan kau ingat sampai bila-bila..Betulkan..selepas kejadian itu..Kau sudah tidak mengambil barang orang lain sesuka hati kan?? Itu tandanya perbuatanku tidak sia sia kerana aku dapat mendidikmu..Dan tahukah kau aku berhempas pulas menyapu minyak dibibirmu pada malam itu ketika kau tidur?Aku keluar mencari pucuk jambu batu dan menggilingnya sehingga batu lesung itu turut menggiling tangan aku..Sakit yang amat sangat..Tapi aku tetap teruskan dan Alhamdulillah..aku Berjaya mencuci kesan minyak dan ubat itu sebelum kau bangun..Aku tidak mau bengkak itu mencacatkan wajahmu yang cantik itu..

Adikku sayang..

Maafkan aku kerana terpaksa memisahkan kau dari aku, sebenarnya..aku menghantar kau kerana aku jatuh sakit ketika itu..Mungkin kerana ketika aku bekerja kontrak di tempat pembinaan menyebabkan aku sangat terdedah pada debu dan simen..Aku terjatuh semasa kerja dan dikejarkan ke hospital..Doktor mengesahkan aku menghidapi barah peparu dimana badan ku tidak berupaya untuk memikul barang yg berat, serta pernafasan aku sudah tak selancar dulu..Patutlah aku selalu batuk batuk, sesak nafas dan pandanganku yg makin kabur..Aku terpaksa dirawat dihospital walaupon doktor menjangkakan aku xkan bertahan lama..

Sayangku..

Aku titipkan surat ni di rumah pusaka, ketika ini aku di hospital..Jika suatu hari nanti engkau pulang ke rumah kita..Bacalah semua surat2 dan bukalah semua hadiah yg aku belikan setiap tahun lebih kurang 9 tahun dahulu..Dan maafkan aku jika tidak dapat sediakan hadiah untukmu pada tahun ini..

Adikku sayang..

Mungkin tika kau membaca surat ini..Aku sudah pon tiada..Jangan kau bersedih..Di sini ada beberapa perkara yang ingin aku katakan..

Untuk menyapu rumah kita ketika aku pulang dengan pakaian dan kotor serta debu, TERIMA KASIH.

Untuk mengelap setiap barang yg aku sentuh supaya sentiasa bersih dan tiada kuman, TERIMA KASIH.

Untuk membasuh pakaianku yg busuk dengan peluh ku, TERIMA KASIH.

Untuk melemparkan senyuman dan salaman ketika aku pulang dr kerja, TERIMA KASIH.

Untuk memasak lauk kegemaranku yg kau sangka aku tidak suka, TERIMA KASIH.

Untuk mengingatiku dan menulis surat yg tidak bisa aku balas, TERIMA KASIH.

Untuk menjadi adik yang sangat aku sayangi, TERIMA KASIH.

Untuk segalanya yang kita tempuhi, suka mahupon duka, TERIMA KASIH.

Adikku sayang..

ekiranya engkau disunting seseorang..Biarkan pakcik kita menjadi walimu..Kerana aku mungkin sudah tiada..

Bahagiakanlah dirimu..Kerana itu yg aku mahukan..Jagalah suamimu dan jangan kau ingkarinya..

Salam sayang sedalam-dalamnya,

Abang.”

Di rumah pusaka itu..Aku termenung bersama jernihan airmata yg mengalir..Lantas..Aku buka satu persatu hadiah yang dikatakan..

Semuanya berwarna pink..Dan semuanya di tulis nama aku dengan tulisan yg sangat indah..Ya Allah…Aku meraung sambil menatap hadiah itu..

Ya Allah..dimanakah dapat ku cari insan semulia abangku



* cerita ni dida dapat dari facebook sebenarnya. terlalu menarik untuk dikongsi.
* nanges

28 October 2011

suka suki





assalamualaikum...





just want to share tis 'alam' with all











24 October 2011

Eye shadow.... malu lah..


Semalam datang kerja macam biasa. Teda yg special atau lain dari yang lain.

Tengah hari sikit bos kecik panggil masuk bilik die nak bincang sikit katanya.

Tapi bos kecik bukan panggil dida sorang tapi ada lagi officemate yang laen. So total orang kat dalam bilik tu ada 4 orang semuanya. 3 lelaki dan dida sorang perempuan..


Tetiba








Aishhh.. korang jangan pikir bukan bukan pulak. Takde lah. Bukan macam yang korang pikir tu.




Biar dida sambung dulu...

Tetiba bos Tanya gini.



Bos: Dida ang pakai eye shadow ka?

Dida: aah.. awat

Dengan dua orang mamat lagi terus pandang dida. Oh no malu..

Bos: patut Nampak cantek harini.

Dua mamat: ceeeeee.... syok la tuh..

Dida: haha *gelak besaq nak cover malu.. syok apanya.. sedih ada laaaaaaaaaaaaaaaa....


Tiga-tiga orang terus diam dan pandang dida dan berkata : awat plak??


Dida: iyo laaaaa.. ni bukanya first day pon dah lama dah pakainya. Lepas raya haritupon dah pakai. Sedihla harini baru orang perasan. * buat muka sedih

Terus dorang semua diam. Tak tahu kenapa dorang diam. Mungkin sebab kesiankan aku atau menyampah tengok aku buat muka sedih yang cam hareeemmmmmmmmm tu.




*sebenarnya dida tipu jek yang dida start pakai lepas raya. dida baru start pakai dalam seminggu ni je. Mungkin semalam dida terpakai tebal sikit kot. Dats y la bos kecik terperasan..malu.. malu..

17 October 2011

lasagna! saya malu


assalamualaikum..



today dida nak cerita tantang pengalaman memalukan diri sendiri
masa kejadian :: semalam - lunch hour
tempat kejadian:: food court-pacific alor setar


sampai sampai je terus serbu kedai sorang aunty neh terus pesan lasagna 1.
pastu berdiri tunggu kat depan kaunter sebab malas nak jalan ulang alik ke meja. so decide nak berdiri depan kaunter sampai makanan siap. lagipun lasagna bukanya lambat sangat nak buat.
die just panaskan je.



sambil menunggu keluarkan purse and tengok ada 3 keping duet rm 5, beberapa keping rm 10 dan sekeping rm1. ambil duet simpan purse dan tunggu. pastu ada kakak ni bawak baby order makan kat situ jugak. so maen-maen dengan baby dia kejap.


lasagna siap. terus bayar dan tunggu aunty pulangkan duet. tapi aunty tu macam tunggu dida nak bayar. dida pikir sendiri awat plak aunty lambat sangat.

aunty:: empat ringgit yang.
dida:: ha. ye la..
aunty:: urmmm... adik bagi seringgit ni.
dida:: ha?? laaaaaaaaa.... ingatkan hulurlima ringgit tadi.. *hadoila.. malu kot.. dah la yakin menunggu pastu dah lama pegang duet ingat rm5 rupanya rm1. ** malu2..
aunty:: takpe2.. tak perasan.. hehe
dida:: sorry aunty. serius saya ingat saya hulu lima ringgit. nak jugak jelaskan. padahal nak cover malu.


balik ke meja makan. terus makan tak angkat angkat kepala. rasa macam semua orang tahu.
padahal oficemate yang duduk semeja pon tak tahu. sampai dida cerita baru depa tahu



ni la lasagna yang buat dida malu tu. thanx incik google.



MORAL OF STORY:: SEBELUM BAYAR TENGOK DULU PEGANG DUET BERAPA RINGGIT. JANGAN MAIN BAYAR JE.



16 October 2011

hari pakai jubah harry potter yg ohsem!



ASSALAMUALAIKUM..





selamat memakai jubah harry potter serta topi segi empat yang diidamkan semua orang yang belajar rasanya.. tanggal 17 september semuanya selamat dilansungkan istiadat yang memang dah lama tunggu!




masuk dalam dewan lebih kurang pukul 8 pagi tapi lama woo nak tunggu nama sendiri dipanggil
sempat la terlena seround dua.
*serius dida tertidur sampai kawan sebelah kejutkan. sumpah tak senonoh.
orang laen eksaited aku bole tidur plak kan. hampeh.
dah la kerusi paling tepi. semua orang bole tengok kot..








NOR SHAZIDA BT BAKHARI
DEGREE OF B. ENG (HONS) (ENVIRONMENTAL ENGINEERING)

jubah harry potter maju kedepan
ye saya hamil sembilan bulan
*menci jubah harry potter!!


lepas keluar dewan terus jumpa family
dida: ayah nampak tak along kat atas td?? ayah duduk jauh tak dr pentas
ayah: nampak.. tapi ayah tak nampak along pon tadi. nampak macam ayam hutan je.
dida: @#@%@... urmmmm... mesti nampak cantek kan sebab ayam hutan kan cantek
ayah: perasan!!




sejurus selepas turun pentas. semua dah sibuk amik gambar. dah lansung tak dengar mereka-mereka bercakap didepan.



tulang belakangkakitangankepalaperutrusuk semualah.
terima kasih mak ayah angah and adik.
sayang ketat2.






sekarang layankan picture menggedik bersama kawan kawan berangan menjadi harry potter beramai ramai.










selamat berkonvo kawan kawan


andai ada sumur diladang
ingin hamba menumpang mandi
andai anda umur yang panjang
harap kita berjumpa lagi



dah mula rindu korang semua!
*nanges











08 October 2011

andai dapat kuundur waktu



mungkin akan terputus dipertengahan
mungkin akan terlerai sebelum ikatan
mungkin akan berbeza jalan apabila tiba dipersimpangan
segalanya ketentuan tuhan


mungkin bukan ditakdir bersama
tapi hanya untuk seketika
belum sempat mengenal segala
baru hanya bertanya nama


kuharap ada peluang kedua
untuk kita bersua muka
untuk kita mengenal segala
tapi hingga kini kumasih menanti
kapan akan bertemu peluang kedua itu
setelah kusiakan yang pertama dulu
memang sesal dalam kalbu
tapi waktu terus berlalu


andai dapat kuundur semula
akan ku ubah segala
engkau hadir takkan kupersia
salammu akan disambut ceria
senyummu akan dibalas gembira


tapi
semuanya hanya anganku
ku masih berharap kau hadir disisiku
walau ramai berpesan cari yang baru
tapi aku masih mengharapkanmu
sungguh aku mengharapkan kehadiranmu
dapat menemaniku keakhir waktu


atau ku harus mendengar mereka semua
aku kini makin buntu



haha! tetiba terluah perasaan la pulak..
layan~