12 May 2013

rajuk - bunga merah punya



Kau coretkan lukisan hidupku
dengan warna warna kelembutan
kuhiaskan di kamar cinta
biar menjadi tanda

kau coretkan lukisan hidupku
dengan warna warna kerinduan
kau hiaskan ditaman cinta
biar menjadi tanda

rindu yang kau tinggalkan padaku
membawa aku kedasarnya
kau renangi dengan hilai tawamu
kau biarkan aku terlena

ku harap kau mengerti kasih
ku harap kau terima sayang
andai aku tiada lagi disini
andai ku bukan lagi milikmu


kalau nak dengar klik  sini


lagu dan lirik : zulhuzaimy
sharifah sakinah ft izzue islam
ost bunga merah punya tv9



*saya tak pasti samaada ni fullsong ke baru half.. saya just amik dari cerita ni je.. 

22 April 2013

kerana aku benar benar sudah jatuh cinta - izzue islam (merah)




jauh dirimu
jauh dariku
mungkinkah aku merinduimu
ingin bertemu
ingin melepaskan rindu
belai rambutmu
usap pipimu
nyanyikan lagu



di malam itu
kan kusebut dan kuseru namamu
dimalam itu
kan ku puji puji akan kecantikan dirimu
kerana aku benar benar sudah jatuh cinta
kerana aku benar benar sudah jadi gila


biar pungguk dan bulan kan ketawa
biar bintang bintang hilang serinya
dan
biar bunga layu dan tak bermaya
kerana aku benar benar sudah jatuh cinta




kalau nak tgok video merah nyanyi  klik kat


sini




bunga merah punya ost
lagu ni merah nyanyi masa episod 6.
tajuk lagu aku letak sendiri sebab tak tahu.. tapi dah suka sangat..
kerana aku benar benar sudah jatuh cinta dengan lagu dan lirik nya

06 October 2012

kami dah kahwinlah - novel pilihan








"jaga adik sepupu ni, macam jaga adik sendiri. tak boleh terlebih, tak boleh terkurang. pegang adat keluarga kita. adat turun temurun kita..." - nenek saripah

siapa kata berkahwin tak perlu restu, tak perlu persetujuan keluarga? taqib aryan dan sara cempaka. dua orang sepupu yang saling jatuh cinta. padahal pada zaman kanak-kanak, mereka lansung tidak bertegur sapa dan hanya jeling-jeling. tapi apabila keduanya dapat melanjutkan pelajaran di pusat pengajian yang sama, hubungan mereka menjadi makin mesra.

akhirnya mereka memutuskan untuk bernikah secara rahsia. rahsia yang disimpan dari london terbongkar apabila elman amar dan mak su mimie dapat mencium hubungan sebenar mereka berdua.

"kak sara suka abang?" - Muhamad Elman Amar
"petang semalam, mak su nampak kau orang berdua kat tepi tasik. betulkan itu kau orang?" - mak su mimie
"hari ni jangan tayang senyum sangat.. nanti makcik habibah dengan anak dia terpikat habis..." - sara Cempaka
"bimbang ke? kalau macam tu, sara janganlah tinggal suami tersayang ni sorang sorang. ada yang nak menempel karang." - raqib aryan

adakah rahsia hubungan mereka mampu diterima oleh keluarga terutama nenek saripah? rahsia perkahwinan mereka akan terbongkar dalam... kami dah kahwinlah!



bagi dida tajuk novel ni kurang menariklah macam tak berapa nak komersial sangat.. jalan cerita not bad tapi  ada part macam lebih kurang sama dengan beberapa novel laen yang dida pernah baca sebelum ini..
pastu konflik yang digambarkan kurang menyentuh kalbu.. cover novel menarik.. tapi agak berbaloilah jika nak memberli dan membaca..

komen ikhlas dari pandangan pembaca!

eh lupa nak letak photo yang dibayangkan pulak.. haha

sara Cempaka - shera aiyub
raqib aryan - zahiril adzim



nenek saripah - maimum mutalib ( suka sangat dia ni!!!)


maksu mimie - hanes suraya






selamat membaca semua!   :)

kahwin ganti - novel pilihan


Assalamualaikum..

jom layan novel kahwin ganti yuk! menarik wa cakap lu.... hehe



Perempuan yang bertudung semuanya sama! nampak baik tapi hatinya busuk! cinta konon! ada apa dengan cinta? dah bercinta nak kena setia. punyalah setia, kena tinggal juga! jadi seperti dia juga senangg. tempoh untuh berkawan dengan perempuan, hanya satu bulan. cukup masa tukar yang lain. muda lagi kut! enjoy la! - LUQMAN HAKIM

Bertunang, banyak dugaannya. ramai yang bertunang dengan orang lain, tapi nikah dengan orang lain. nikah terus lagi senang. lepas ni, boleh fokus pada belajar. bukan macam mamat seorang tu, sibuk kehulu kehilir heret perempuan yang bukan muhrin. macam manalah ilmu nak berkat kalau dok sibuk buat perkara tak senonoh
NUQMAN HAKIM

bila berdua dengan lelaki itu, bayangan nuqman selalusaja nampak pada dirinya biarpun perangai mereka ternyata berbeza. tapi, bila wajah itu tiada dihadapannya rindu pula mula menghimpit diri. dia sendiri tak pasti sama ada itu cinta atau sekadar kerana taat setia pada yang sah memilikinya.
MYA ZARA


Takdir Allah telah menentukan jodoh diantara Luqman Hakim, pelajar tahun akhir kejuruteraan kimia yang kasanova, dengan Mya Zara tutor mudanya yang juga bakal kakak iparnya tatkala Nuqman Hakim yang menghilangsecara tiba-tiba.


yang saya suka

"luqman.."
"apa  lagi ni?"
"awak tak jawab lagi soalan saya haritu kan?"
"soalan mana lagi zara oiii... saya ada paper esok ni. isyy... serabut la macamni."
"soalan tu la.. awak suka saya ke...."
"saya dah jawab, kan?" potong luqman tiba-tiba.
"mana ada! hari tukan... awak cakap...:
tiba-tiba luqman berpaling lalu satu ciuman diberikan dipipi kanan mya zara. mya terdia. dia tunduk malu. luqman pula hanya tersenym.
"zara, ada benda yang kadangkala tak perlu dicakap. cukup dengan perbuatan, dah jelas semuanya. jadi lepas ni saya tak mahu awak soal saya benda yang sama"


dalam novel nie, mya zara lebih tua berbanding luqman hakim.. tapi karektor luqman ternyata lebih matang berbanding mya zara. mya zara kekadang suka bertindak diluar kawalan dan menjadikan dia sangat comel!

semasa membaca dah jadi tabiat dida akan membayangkan muka watak-watak ni..
luqman hakim : redza minhat



mya zara: fazura




nuqman hakin: beto kusyairi