07 October 2009

raya



tahun ini sempat merasa beraya bersama keluarga
oh~ bahagia
tiada tolak tandingnya
duit raya berkurang kinisudah dewasa kata mereka
tapi masih ada yang sudi memberi
aku bahagia walaupun seberapa
adik lebih gembira
terima kasih ayah ibu kerana sambutan raya yang bahagia
walaupun x seberapa
walaupun bersederhana
tetapi aku bahagia dalam kesederhanaan yang diasuh sejak dulu

tahun ini juga bisa beraya bersama teman
oh~ gembira
beraya bersama teman tanpa pakaian indah
berkongsi kuih yang rata ratanya bukan buatan sendiri
berkongsi kereta ke rumah teman lama dan kini
terima kasih teman sudi membawaku ke destinasi yang sama
jika diizinkanNya tahun depan kita bersama lagi
bergembira beraya bersama

tahun ini masih bersamaNya
beraya bersamaNya
malang bagiku tidak dapat sujud kepadaNya di hening pagi mulia
aku bersyukur mampu menyambutnya seperti biasa
aku bersyukur mampu berbahagia bersama keluarga
aku bersyukur bisa bergembira bersama teman
aku bersyukur bisa senantiasa bersamaNya
dibulan yang mulia


raya bersama keluarga bahagia
raya bersama teman gembira
raya bersamanya sentiasa








No comments:

Post a Comment