13 March 2011

sape berani?? jom lawan!



sukan antara PPK (Pusat Pengajian Kejuruteraan) tengah berlansung di UniMAP.
saya sebagai pelajar tahun akhir dengan besar hati telah mewakili PPK saya iaitu PPK Alam Sekitar dalam dua acara sukan (Futsal dan Bowling-bidan terjun sahaja).


dida, grace, achom, retty, kak hani, kina, esah dah rynee(tukang amik gambar)

untuk first game futsal my team menang 2-0 dan part paling menarik adalah KEEPER TEAM SAYA LANSUNG TIDAK MENYENTUH BOLA. dan keeper kepada team saya adaah saya sendiri. haha! saya memang terlalu rilek dan hanya menjerit seperti orang gila ketika striker membuat serangan ke arah gol di sebelah sana. semasa hampir ke wisel penamat saya sempat bersembang-sembang dengan penonton diluar. bukan nak kata my team terlalu hebat ke ape tapi itulah hakikatnya. ceeewahh!!



second game menang lagi tapi kali ini dengan hanya 1 jaringan berbalas kosong. saingan diberikan agak sengit tapi permainan agak kasar diberikan oleh pihak lawan (kalau tak salah PPK Mekatronik). semasa serangan dilakukan pihak lawan, esah our defend telah membuat semua orang berdiri dan menjerit seperti orang gila akulah yang paling gila aku rasa. mesti nak tahu kan apa yang esah buat. semasa menahan bola yang dileretkan oleh pihak lawan dalam cubaan membuat jaringan, pihak lawan terjatuh dan........
esah telah membiarkan bola bergolek pastu dia berhenti main just to say sorry kat pihak lawan. semua orang (maksudnya player kat lam padang and penonton kat luar) dah start menjerit jerit

SEPAK LA WOI!!!
aku pulak jerit.
ESAH!!!!! BIAR KAT DIA!! AMBIK BOLA DULU!!! SEPAK BOLA TUH ESAH!!!!!!


nasib baek sempat diselamatkan. bikin cuak la esah ni.
habis je game semua orang bantai esah! lawak pulak rasa sebab semua orang ajar dia jadi jahat. jangan baik sangat dalam game. game lepas tu esah terus jadi jahat.



sampai jek semi final kami kalah kepada PPK komputer dengan sepakan penalti. frust gila semua orang. iya lah kalah penalti memang kecewanya lebih kowt. sebagai seorang keeper aku rasa sangat bersalah kerana tak dapat menyelamatkan gawang walaupun dah cuba yang terbaik.
esah ada buat lawak lagi masa semi final ni. ada orang main tolak-tolak dalam game. dia terus pusing dan cakap kat dat gurl 'DONT PUSH ME!!' dengan muka yang tersangatlah kerek. lepas tuh dat gurl dah tak dekat ngan dia. haha! bagus la esah ni. dengar arahan supaya jadi jahat. sory sayang. akak ajar awak jadi jahat. hehe!



dalam game ni jugak my team dapat sepakan penalti dah diambil oleh si kacak bergaya achom. kerana sepakan yang agak kuat, keeper mereka terlepas bola dah jatuh betul betul depan kaki achom. maksudnya bola muntah la kan. tapi achom dengan blurnya telah membiarkan jek bola tu. dia kata dia lupa yang penalti tuh bole main lagi after bola muntah. aku kat seberang sini lagi sekali seperti orang gila menjerit. CHOM!! SEPAK CHOM!!!! tapi dah tak sempat. huhu
dah memang tak de rezeki kan.


our last game pukul 9 malam (penentuan tempat ketiga) our team menang.
so tempat ketiga jek la nampaknya kali ini. huhu
kecewa!!!




entry seterusnya saya nak cerita tentang bowling pulak.
sekarang kena end dulu, nak kena siapkan FYP report.











08 March 2011

LELAKI yang memang LELAKI.. CHRIS MEDINA


anda semua kenal atau pernah dengar tentang sorang LELAKI ini tak??



CHRIS MEDINA?
kenal tak?
kalau tak kenal, bole terus baca entry saya ni.




For me, dia seorang lelaki yang memang LELAKI.
LELAKI ini bukan jenis yang habis madu sepah dibuang.
LELAKI ini jenis yang cinta mati
LELAKI ini bukan jenis cinta pada luaran
LELAKI ini jenis yang cinta hati
LELAKI ini bukan hanya mengambil kesempatan
LELAKI ini tak akan meninggalkan setelah dapat madunya.
LELAKI ini akan kekal walaupun yang dia dapat hanya sepahnya
LELAKI ini memang LELAKI.



LELAKI ini peserta american idol season 10, luaran lelaki ini biasa sahaja.
semasa ujibakat dilakukan, nyanyianya hanyalah biasa-biasa sahaja.
cerita disebaliknya lebih menarik perhatian ramai.




Chris Medina menyentuh hati semua ketika dia bercerita mengenai dirinya bersama tunang, Juliana
yang dahulunya sangat jelita dan lincah tetapi kini hanya mampu duduk di kerusi roda.
Juliana mengalami kecelakaan jalan raya sebulan sebelum mereka melansungkan perkahwinan.
Juliana menderita trauma di otaknya dan koma selama sebulan setengah sebelum akhirnya bangun.


LELAKI ini masih setia disisi tunangnya walaupun dia tahu juliana sudah tidak mampu untuk melakukan apa-apa.
LELAKI ini masuh lagi setia menemani tunangnya setiap ketika.

susah la nak cerita lebih-lebih.
boleh nanges taw! huhu


korang klik jek la kat SINI


saya jatuh cinta dengan LELAKI ni la.



03 March 2011

heartbeat VS nuffnang



heartbeat punya kelebihan.




cuba korang semua tengok dia punya purchase.
tinggi bukan?? so apa lagi jom la join heartbeat. tak susah pon.
lagipon HB punya banner akan appear sepanjang masa.
walaupun saya tak ramai follower tapi current earning saya pon boleh tahan la kalu nak dibandingkan dengan nuffnang. yang dari dulu geraknya seciput.


kepada sesiapa yang tak tahu macam mana nak buat HB bole klik kat sini

01 March 2011

nak income lebih tak? HEARTBEAT bole!




nak income lebih tapi traffic tak tinggi menggunung??

especially newbie macam saya ni.
tengok akaun nuffnag blogger naek jeles semacam.




tapi dengan heartbeat ni anda semua tak perlu nak jeles segala macam dengan depa yang lain tu.. anda bole cuba heartbeat dan boleh dapat income lebih denganya.

saya kenal benda nie daripada sherah



mesti semua tertanya-tanya heartbeat ini apa kan..

heartbeat ni lebih kurang dengan nuffnang jugak.
tapi instead of kita kena kejar traffic baru kita dapat buffered earning kan, dengan heartbeat ni korang tak payah kejar traffic dah. cuma daftar dan dengan setiap klik yang orang klik akan dapat RM0.04.
iklan dia akan ada di blog korang 24/7 tanpa perlu traffic yang tinggi alaa benda benda macam ni kena rajin je.

so kepada those blogger yang nak mencuba boleh cuba

JUST FOLLOW THE STEP BELOW

1. Mula mula klik sini dulu untuk ke website diorang.

2. Then klik Icon Hearbeat seperti yang dibulatkan tu.

3. Klik CREATE ACCOUNT dan isi kesemua maklumat berkenaan.

4. Masukkan Password Email Address then klik I agree HeartBeat's Terms of service then klik continue.

5. Then dah create account klik Join HB!Affiliate seperti kotak merah dibawah.

6. Klik Online Application (seperti yang ditunjukkan dibawah) then isi kesemua maklumat yang diperlukan.

7. Pilih cara pembayaran yang hendak dibuat kepada anda. tick i agree and then klik continue.

8. Klik GET A CODE (seperti lampiran dibawah)

9. Copy Code yang anda kehendaki (bertanda merah bulat), ikut korang lah nak letak dia kat mana. kat sidebar ke. kat top sidebar ke. copy code yang sesuai ya.

10. Kalau nak check berapa earning korang. boleh Klik My HB!Affiliate

11. So lepas dah copy tu, macam biasa lah. Design > Add a Gadget > HTML/JavaScript > paste kan code yang korang dah dapat tadi > save. Then letak lah kat mana korang rasa orang lain senang nak klik. :)

senang kan? promote heartbeat then you can earn RM0.04 per click. memandangkan sekarang aku takde BE so i need to do something with my blog. kang nanti parents aku tanya apa aku dapat dengan blogging ni, boleh lah aku jawab. aku dapat duit through blog. fuhh takde lah kena bebel sebab online depan laptop je selalu. =_=


TOTURIAL KAT ATAS NI JUGAK SAYA PINJAM DARIPADA SHERAH. THANX SHERAH.