13 March 2011

sape berani?? jom lawan!



sukan antara PPK (Pusat Pengajian Kejuruteraan) tengah berlansung di UniMAP.
saya sebagai pelajar tahun akhir dengan besar hati telah mewakili PPK saya iaitu PPK Alam Sekitar dalam dua acara sukan (Futsal dan Bowling-bidan terjun sahaja).


dida, grace, achom, retty, kak hani, kina, esah dah rynee(tukang amik gambar)

untuk first game futsal my team menang 2-0 dan part paling menarik adalah KEEPER TEAM SAYA LANSUNG TIDAK MENYENTUH BOLA. dan keeper kepada team saya adaah saya sendiri. haha! saya memang terlalu rilek dan hanya menjerit seperti orang gila ketika striker membuat serangan ke arah gol di sebelah sana. semasa hampir ke wisel penamat saya sempat bersembang-sembang dengan penonton diluar. bukan nak kata my team terlalu hebat ke ape tapi itulah hakikatnya. ceeewahh!!



second game menang lagi tapi kali ini dengan hanya 1 jaringan berbalas kosong. saingan diberikan agak sengit tapi permainan agak kasar diberikan oleh pihak lawan (kalau tak salah PPK Mekatronik). semasa serangan dilakukan pihak lawan, esah our defend telah membuat semua orang berdiri dan menjerit seperti orang gila akulah yang paling gila aku rasa. mesti nak tahu kan apa yang esah buat. semasa menahan bola yang dileretkan oleh pihak lawan dalam cubaan membuat jaringan, pihak lawan terjatuh dan........
esah telah membiarkan bola bergolek pastu dia berhenti main just to say sorry kat pihak lawan. semua orang (maksudnya player kat lam padang and penonton kat luar) dah start menjerit jerit

SEPAK LA WOI!!!
aku pulak jerit.
ESAH!!!!! BIAR KAT DIA!! AMBIK BOLA DULU!!! SEPAK BOLA TUH ESAH!!!!!!


nasib baek sempat diselamatkan. bikin cuak la esah ni.
habis je game semua orang bantai esah! lawak pulak rasa sebab semua orang ajar dia jadi jahat. jangan baik sangat dalam game. game lepas tu esah terus jadi jahat.



sampai jek semi final kami kalah kepada PPK komputer dengan sepakan penalti. frust gila semua orang. iya lah kalah penalti memang kecewanya lebih kowt. sebagai seorang keeper aku rasa sangat bersalah kerana tak dapat menyelamatkan gawang walaupun dah cuba yang terbaik.
esah ada buat lawak lagi masa semi final ni. ada orang main tolak-tolak dalam game. dia terus pusing dan cakap kat dat gurl 'DONT PUSH ME!!' dengan muka yang tersangatlah kerek. lepas tuh dat gurl dah tak dekat ngan dia. haha! bagus la esah ni. dengar arahan supaya jadi jahat. sory sayang. akak ajar awak jadi jahat. hehe!



dalam game ni jugak my team dapat sepakan penalti dah diambil oleh si kacak bergaya achom. kerana sepakan yang agak kuat, keeper mereka terlepas bola dah jatuh betul betul depan kaki achom. maksudnya bola muntah la kan. tapi achom dengan blurnya telah membiarkan jek bola tu. dia kata dia lupa yang penalti tuh bole main lagi after bola muntah. aku kat seberang sini lagi sekali seperti orang gila menjerit. CHOM!! SEPAK CHOM!!!! tapi dah tak sempat. huhu
dah memang tak de rezeki kan.


our last game pukul 9 malam (penentuan tempat ketiga) our team menang.
so tempat ketiga jek la nampaknya kali ini. huhu
kecewa!!!




entry seterusnya saya nak cerita tentang bowling pulak.
sekarang kena end dulu, nak kena siapkan FYP report.











No comments:

Post a Comment