31 July 2011

cerita cuai aku.. janji lepas ni akan cuba untuk tidak cuai lagi..




jumaat lalu dengan semangatnya.. seperti semangat nak raya n puasa.. saya dengan adek syg telah merempit ke pusat membeli belah AS mall. sebelum itu singgah jumpa kesayangan saya farzana untuk menagmbil sesuatu yang penting untuk ketika ini.. hehe biasalah kalau jumpa kesayangan yang ini mesti nak sembang lama-lama. kalau boleh malam pon takmo tidur sebab nak sembang and gelak sampai puas. tapi memandangkan hari jumaat hari kerja dia haruslah jumpa seketika cuma. jumpa dalam 10-15 minit lepas tu terus menuju ke tujuan utama.



sampai je terus park scooter, kunci apa yang patut terus berlari seperti menyertai 100 meter gitu.. ah!! tipu!! karut semua!! macam mana nak lari kalau pakai heel?? nak tergolek cubalah.. ok sekarang bole start cuci mata dan buang duet ya anak-anak.. pilih punya pilih saya beli dua t-shirt untuk diri sendiri, satu untuk adek syg and sehelai seluar untuk angah syg yang keluar dating. kaki dah lenguh sebab lama gila beratur kat kaunter sebab ramai orang tak bawak beg tapi beli banyak sebab semua murah-murah. banyaknya sebab. tapi saya bawak beg sendiri sebab saya memang dah terbiasa walaupun hari ada plastic beg pon saya bawak beg sendiri. baguskan kan saya.



sekarang dah sampai masanya kita balik lepaas dah lenguh-lenguh kaki dan badan semua tapi adek syg nak beli air pulak sebab dahaga. tengah tunggu dia beli air tetiba saya teringat kunci scooter letak kat mana eh? eh? eh? kat mana? terus saya jadi kelamkabut sorang sorang selongkar beg sendiri cari kunci di tengah tengah orang ramai (macam dalam rancangan FUHHH!! la pulak. kenapa awal xde pon nak selongkar beg saya? kenapa saya selongkar beg sendiri je?) malu tapi saya cuak sebab tak jumpa lagi kunci.



kali ini baru betul betul masuk seratus meter lari berhalangan menuju tampat park scooter tadi tengok scooter masih disana atau dah....... eh!! pegi jauh2 pikiran negatif... syuh2...



oh!!! ya!!! dia masih disana tersenyum manja. SYUKUR!!! cuba tengok kuci di scooter mungkin masih disana. ternyata TIADA.. terus kepondok pengawal kat situ tanya

saya:: 'bang!! ada orang tinggal kunci tak? saya rasa saya tertinggal kat moto la tadi..' loser!! dah 3 jam tiggal baru nak ingat??
abang tu:: ada dik.. tapi no plat moto apa??
saya:: KCQ 1**8... dah senyum sikit dah aku ni.. harap2 tu kunci aku..
abang tu:: ha? ahhh betul la ada. tapi dik kena p ambik kat bilik kawalan kat dalam sana..
saya:: kat dalam tu kat mana??
abang tu:: kat dalam ni la.. p cari kat tengah-tengah sana..



hadoi abang mana la saya tahu kat mana. tapi tak pelah dah saya yang cuai.. time kaseh ye abang. masuk balik kat dalam terus rasa macam masuk explorace tapi nak lawan dengan team mana saya pon tak tahu. selepas tanya sana sini baru jumpa bilik kawalan tu. masuk bilik kawalan isi segala borang yang ada. dengar syarahan sikit kerana kecuaian diri.dapat kuci dan terus pecut balik. kat atas moto terus bincang nak cerita dengan mak n ayah ke tak.. patut cerita ke tak? kalau cerita mesti kena dengar ceramah pulak kan.. so better diam. sampai sekarang mak n ayah tak tahu.. hehe

so moral of the story jangan cuai!!!


harap kawan-kawan yang laen tak cuai macam saya okeyh!!





2 comments:

  1. huhu~ itu la pasal nya.. cuai sgt la saya ni... sob3~ ada tips tak xmo bg lupa kunci tu...

    ReplyDelete