19 September 2011

luahan kecewa dalam hati




hati ini bagai dihiris hiris
janji yang kau lafazkan
tapi tidak ditunaikan
aku tahu bukan kau tiada kesempatan
tapi dia lebih perlukan dirimu
ya aku paham.. aku mengerti
kerana aku temanmu

kini aku mulai sedar
aku mungkin tiada erti
aku hanya teman dikala hati sepi
aku hanya teman ketika sunyi
bila dia tiada disisi

tapi aku kan setia disini
disaat kau perlukan aku
disaat kau sedih dan berduka
disaat kau ingin bercerita
carilah aku
tiada halangan untuk itu
aku akan sedia disitu

kurasakan aku dipermainkan
kurasakan aku dibohongi
aku kecewa dihari bahagia

akan aku hilangkan kecewa dihati
akan aku buang ia jauh dari diri
kerana aku sayang hubungan kita
aku sayang kau juga
biarlah aku pendam sendiri
semua kecewa ini





p/s :: aku sudah tak perlukan janji mu itu. aku ikhlas dengan semuanya









No comments:

Post a Comment