assalamualaikum..
tetiba je dida rasa macam nak review novel la..
tajuk novelnye MAID karya SURI RYANA (cantik debaboom orangnye tapi harap maklum sudah bersuami)
sinopsisnya berbunyi begini...
Pengembaraan Noorul ke alam yang serba baru bermula sejak menjadi pembantu rumah di penthouse mewah seorang lelaki kacak bernama Harris Tan Sri Hamdan, yang cerewaetnya mengalahkan nenek kebayan. oleh kerana sifatnyayang cerewet itu, Noorul menggelar Harris Mr. F. Kenpa F, bukan G atau H? Kerana F itu adalah untuk 'fussy' atau dalam bahasa melayunya cerewet!
Semua yang Noorul lakukan sentiasa mengundang tengkingan dan jelingan tajam Mr. F. daripada berbalas balas nota berkaitan dengan kerja pada awalnya, entah bagaimana mereka boleh makan semeja. semakin lama Noorul mengenali Mr. F semakin banyak pula sebab yang dia temui untuk mencintai lelaki itu. Fitnah yaang melanda menyebabkan noorul dan Mr F terpaksa dinikahkan.
Gusarnya hati, Allah sahaja yang tahu kerana dia tidak pasti sama ada Mr. F boleh menerimanya sebagai isteri atau tidak. Noorul mla berteka teki tentang dalang didalam penyebaran fitnah ini.
Adakah angkara Asyraf yang sememangnya berdendam dengan Noorul? Atau pun, musuh perniagaan Tan Sri Hamdan? Mampukah Noorul dan Mr. F melayari bahtera rumah tangga bersama? Bagaimana Elisa yang sememangnya cintakan Mr. F? Apa pula akan terjadi apabila Nurina, bekas kekasih Mr. F pulang ke Malaysia untuk menagih kembali cintalelaki itu? Haikal pula, dapatkah menerima Noorul, orang yang dicintainya sebagai kakak ipar?
haaa...
semasa korang semua baca novel ni apa yang dida bole bagi jaminan adalah korang akan sentiasa tersenyum sebab terbayangkan kekalutan si noorul dan kecomelan Mr F yang ego tapi sebenarnya suka kat si noorul
ceritanya agak lebih kurang je dengan banyak novel dipasaran tapi dida tetap suka sebab subplot tetap berbeza. iyelah kalau tengok tajuk je pon mesti dah boleh agak cinta dua darjat kan.. MAID dengan tuan rumah! kaya dengan kurang kaya. Mr F punya penthouse noorul naik scooter!
penulis mengatakan yang Mr F ada iras iras LEE MIN HOO dan Noorul sama cam fazura! weyh! imagine fazura yang cantik debaboom naek scooter! comel kot!!!
bayangkan dorang dua ni kapel! dida just nak mencepatkan imaginasi korang. mana tahu ada yang tak kenal kan
novel ni agak panjang la. setebal 753 muka surat.
selamat membaca kepada korang semua.
No comments:
Post a Comment