assalamualaikum
korang semua dah baca novel SEBENARNYA SAYA ISTERI DIA ke belom? novel ni karya Zura Asyfar. juga dikenali sebagai Addy Rifqhiey. ini antara senarai wajib baca jika anda "kipassusahmati" novel.
sinopsis
cinta pertama tidak semestinya akan bersatu walaupun masing masing berjanji untuk hidup bersama. itulah yang terjadi pada Syafa Aqira dengan Farish Adryan. Cinta yang pernah dipupuk sejak zaman universiti lagi akhirnya terputus di tengah jalan apabila Farish bertekad untuk memutuskan hubungan itu lantaran satu peristiwa hitam yang terjadi pada satu majlis yang dihadiri oleh mereka berdua.
''sumpah Rish, Syaf tak tahu apa yang berlaku ni!'' Syaf mula menangis. Gaun labuh yang tersingkap ke atas tubuhnya itu dibetulkan. Hampir terbeliak matanya melihat beberapa tompokan cecair berwarna disitu.
"Tak tahu apa yang berlaku? Kalau tak ni apa?" Farish menuding jari kearah cadar itu.
Cadangan ibu kepada Farish iaitu Datin Farizah untuk berkahwin dengan adik lelaki itu terpaksa diterima dengan redga walaupun dia tahu yang mungkin perkahwinan itu tidak menjanjikan bahagis. dia terpaksa dalam rela demi sebuah harga diri dan rasa kasih therhadap Datin Farizah.
"Aku buat semua ini kerana mama. Dan kau tu sepatutnya bersyukur sebab aku selamatkan maruah kau."
-FIRASH ARSHAD
"Ya, aku tahu Firash. Sepatutnya aku bersyukur sebab kau sudi kahwin dengan aku."
- SYAFA AQIRA
Laluan untuk mengharungi sebuah perkahwinan tanpa cinta bukan;ah sesuatu yang mudah buat Syafa Aqira. Kehidupannya sebagai isteri lansung tidak diperdulikan apatah lagi perkahwinan mereka dirahsiakan atas permintaan Firash.Namun dia redha kerana kesibukan lelaki itu masih bergelar pelajar walaupun setiap kata-kata sinis terbit dari mulut Firash ditelan dengan rasa terbuku didalam hati.
"Dengar sini, Aku bukan Farish Adryan, tapi aku Firash Arshad," sambung Firash lagi sebelum tanganya menarik tangan Syaf sehingga Syaf terpeluk tubuhnya yang terdedah itu.
Semuanya mula berubah apabila kawan baik serta abang sepupu Firash cuba mendekati Syafa dan kala itulah Firash mula menyedari yang dia susah menyayangi isterinya itu.
"Eh, jangan buat hal ya. Aku cium kat sini karang," ugut Firash perlahan namun masih didengari oleh telinganya. dengan selamba Firash menaik hujung baju kurung milik wanita itu sehingga paras dada. Syaf mengetap bibir menahan geram berserta malu yang teramat sangat.dia menutup wajah dengan tudung yang dipakainya apabila jari lelaki itu menyentuh kulit perutnya.
dikala rasa sayang dan cinta mula hadir, ada saja dugaan yang datang menimpa. Kehadiran abang dan adik tirinya yang tidak disangka sangka mengeruhkan rasa cinta yang mula terbina. Syafa akhirnya pergi membawa dengan hati yang terluka. Firash jadi nanar. hidupnya sera-serbi tidak kena. Bagi Firash, Syaf adalah anugerah terindah didalam hidupnya. dia sanggup berbuat apa saja demi mendapatkan kembali kepercayaan dari isterinya itu.
kepada 'kipas susah mati" novel tu tunggu apa lagi. pergi la beli cepat! kalau yang nak save bajet tu cepat p pinjam kat member-member (dida selalu buat zaman study dulu). memang tak rugi lansung membuang masa baca novel ni dah la tebal 897 muka surat wa cakap lu!!
tapikan tapikan! dida rasa ada salah info la. bukan rasa lagi ni tapi yakin yang penulis salah info semasa menulis. kat mana yang salah tu eh? ha kat part ni
'
'
'
"Dari Unimap," balas Firash. Kedudukannya dibetulkan untuk memudahkan perbualan.
"on, amik civillah jugak ni?" tanya syam. Firash sekadar mengangguk.
Memandangkan dida ni bekas student Unimap alumni giitu.. Sepengetahuan dengan perasaan yang teramat sangat yakin yang di Unimap takde kos Civil walaupun Unimap adalah universiti kejuruteraan.