03 May 2012

Sebenarnya, saya isteri dia!





assalamualaikum






korang semua dah baca novel SEBENARNYA SAYA ISTERI DIA ke belom? novel ni karya Zura Asyfar. juga dikenali sebagai Addy Rifqhiey. ini antara senarai wajib baca jika anda "kipassusahmati" novel.




sinopsis 

cinta pertama tidak semestinya akan bersatu walaupun masing masing berjanji untuk hidup bersama. itulah yang terjadi pada Syafa Aqira dengan Farish Adryan. Cinta yang pernah dipupuk sejak zaman universiti lagi akhirnya terputus di tengah jalan apabila Farish bertekad untuk memutuskan hubungan itu lantaran satu peristiwa hitam yang terjadi pada satu majlis yang dihadiri oleh mereka berdua.


''sumpah Rish, Syaf tak tahu apa yang berlaku ni!'' Syaf mula menangis. Gaun labuh yang tersingkap ke atas tubuhnya itu dibetulkan. Hampir terbeliak matanya melihat beberapa tompokan cecair berwarna disitu.

"Tak tahu apa yang berlaku? Kalau tak ni apa?" Farish menuding jari kearah cadar  itu.











Cadangan ibu kepada Farish iaitu Datin Farizah untuk berkahwin dengan adik lelaki itu terpaksa diterima dengan redga walaupun dia tahu yang mungkin perkahwinan itu tidak menjanjikan bahagis. dia terpaksa dalam rela demi sebuah harga diri dan rasa kasih therhadap Datin Farizah.

"Aku buat semua ini kerana mama. Dan kau tu sepatutnya bersyukur sebab aku selamatkan maruah kau." 
-FIRASH ARSHAD

"Ya, aku tahu Firash. Sepatutnya aku bersyukur sebab kau sudi kahwin dengan aku." 
- SYAFA AQIRA







Laluan untuk mengharungi sebuah perkahwinan tanpa cinta bukan;ah sesuatu yang mudah buat Syafa Aqira. Kehidupannya sebagai isteri lansung tidak diperdulikan apatah lagi perkahwinan mereka dirahsiakan atas permintaan Firash.Namun dia redha kerana kesibukan lelaki itu masih bergelar pelajar walaupun setiap kata-kata sinis terbit dari mulut Firash ditelan dengan rasa terbuku didalam hati.


"Dengar sini, Aku bukan Farish Adryan, tapi aku Firash Arshad," sambung Firash lagi  sebelum tanganya menarik tangan Syaf sehingga Syaf terpeluk tubuhnya yang terdedah itu.










Semuanya mula berubah apabila kawan baik serta abang sepupu Firash cuba mendekati Syafa dan kala itulah Firash mula menyedari yang dia susah menyayangi isterinya itu.


"Eh, jangan buat hal ya. Aku cium kat sini karang," ugut Firash perlahan namun masih didengari oleh telinganya. dengan selamba Firash menaik hujung baju kurung milik wanita itu sehingga paras dada. Syaf mengetap bibir menahan geram berserta malu yang teramat sangat.dia menutup wajah dengan tudung yang dipakainya apabila jari lelaki itu menyentuh kulit perutnya.






dikala rasa sayang dan cinta mula hadir, ada saja dugaan yang datang menimpa. Kehadiran abang dan adik tirinya yang tidak disangka sangka mengeruhkan rasa cinta yang mula terbina. Syafa akhirnya pergi membawa dengan hati yang terluka. Firash jadi nanar. hidupnya sera-serbi tidak kena. Bagi Firash, Syaf adalah anugerah terindah didalam hidupnya. dia sanggup berbuat apa saja demi mendapatkan kembali kepercayaan dari isterinya itu.






kepada 'kipas susah mati" novel tu tunggu apa lagi. pergi la beli cepat! kalau yang nak save bajet tu cepat p pinjam kat member-member (dida selalu buat zaman study dulu). memang tak rugi lansung membuang masa baca novel ni dah la tebal 897 muka surat wa cakap lu!! 








tapikan tapikan! dida rasa ada salah info la. bukan rasa lagi ni tapi yakin yang penulis salah info semasa menulis. kat mana yang salah tu eh? ha kat part ni
'
'
'
"Dari Unimap," balas Firash. Kedudukannya dibetulkan untuk memudahkan perbualan.
"on, amik civillah jugak ni?" tanya syam. Firash sekadar mengangguk.


Memandangkan dida ni bekas student Unimap alumni giitu.. Sepengetahuan dengan perasaan yang teramat sangat yakin yang di Unimap takde kos Civil walaupun Unimap adalah universiti kejuruteraan.









15 comments:

  1. thanks sudi review my novel..info 2 dpt dr budak unimap..kalo dia bgtau salah, maknenye zura pn salah jgk la cz zura bkan bdak unimap..adess..btw thanks again <3

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanx sbb sudi jengah blog kerdil saya ni.
      cmna eh? unimap yg zura mksdnya uni malaysia perlis kan? ke uni malaysia pahang (ump)

      tapi!! novel zura memang tip top!! dah ulang n akan ulang baca!! weeeee

      Delete
  2. ur wc..hehe..google2 n jmpe..rase nk tlis uni malaysia pahang..atau zura silap dgr kot..haha..adoyai..btw thanks again taw sudi ulang2 bc..hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haaa... agak dah mesti zura mksdkan uni pahang.UMP shortfomnye.. next novel zura apa eh?? xsabo dah nak beli.. hehe

      Delete
  3. hehehe..biaselah kalo asyik terkejar2 ni...dahlah kite tak familiar sgt....next novel next year kut..insyaAllah.... *tengok atas kelajuan menaip ;P*

    ReplyDelete
    Replies
    1. takpe... yg penting tak ganggu lansung jalan citerdia yg besh n ohsem tuuuu..
      lambatnye la hai nak tggu next year!! haha.. x sabau ni... huhu

      Delete
  4. Mmg betul novel ni....dah beli n dah baca.....terbaikkkkkkk

    ReplyDelete
    Replies
    1. sangat terbaek kan.. tak sabaq nak tggu next novel by penulis ni

      Delete
  5. Hello.....saye baru je abis bace novel tu.. pinjam kat my sis in law je pn...so sweet!! jalan cerita pun menarik..yg best bile ending....actually cinta berputik sejak dari zaman kanak2 firash a.k.a. achad @ chad...hihihi.....rase nk beli utk simpanan sendiri...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan.. suweettt kan kisah dorang.. hehe beli2... nnt bole ulang baca.. dijamin tak bosan..

      Delete
  6. Serious best gila kot novel ni! :D puas hati beli

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah..best ceritanya..nak beli dkedai buku di kjg dah"sold out"..banyakkan lagi unsur unsur agama..sambil beramal..panjang jariah..insyaAllah

    ReplyDelete