31 August 2010

jalan-jalan ramadhan


mulanya nak pergi shoping. tapi aku nak window shoping ja. maklumlah poket dah makin nipis. kawal perbelanjaan. budjet sem nie dah lari jauh. waaaa!!!! owkeyh kembali!! before shopping jom singgah tasek jitra snap picture dulu. nie hasilnya dijitra







setelah berpeluh sana sini sikitsikit. perjalanan diteruskan yawata,jitra dan alor setar. ingin shopping raya kata mereka. ni antara aksi mereka ketika shopping.






nampak gaya cam bershoping sakan kan?? bila dah sampai rumah baru semua sedar yang sebenarnya semua tak beli apa-apa. balik dengan tangan kosong jek. so, motif pegi sememangnya window shopping and taking a lot of picture~

next activity was: maen bowling... just untuk habiskan masa nak tunggu waktu berbuka.actually nak pegi berjalan lagi, tapi jammed teruk sangat kat luar tadi. so malas nak gerak.






habes jek maen tros gerak pergi tesco. mau bebuka kat sana. PIZZA!!!! semua dah starving habes.

pengembaraan for this time ends here. will be continue soon. MAYBE~

BODOH

aku sayang kau la BODOH
tapi kenapa kau tak pernah nak sayang diri kau
penat dah aku nasihat segala.
tapi apa yang aku dapat?
kau kata nak mati cepat.
BODOH!!
dah cukup ke bekalan kau nak nak bawak pergi sana?
BODOH!!
kau sedar tak yang ramai sayang kau?
kau tahu tak yang ada cinta kau
kau paham tak nanti ada yang rindu
kau memang BODOH la sayang~

21 August 2010

ombak rindu

the best novel so far yang aku dah baca. ombak rindu. pertama kali baca kalo tak salah masa form 4 (16 tahun). pinjam novel member. till now 23 tahun aku dah baca tak kurang dari 7 kali rasanya. secara puratanya setahun sekali. haha!! hebat!!
last week aku terview facebook aaron aziz dan aku terbaca yang mengatakan bahawa ombak rindu difilemkan!! WHAT???? so excited... tak sabar!!!

aku suka sangat watak hero nya hariz..aaron aziz yang akan pegang peranan ni. memang sesuai sangat. tapi yang kurang menarik pulak watak izzah. maya karin akan jadi izzah. lisa surihani akan bawak watak mila si kurang siuman.. ahahha aku kurang bersetuju la dengan pemilihan watak izzah kerana tak kena dengan maya karin.watak mila lebih sesuai dengan maya. aku bukan nak kata maya tak hebat tapi tak sesuai. aku suka maya karin, cantik. watak izzah lebih sesuai dengan pelakon yang mukanya polos dan innocent such as ayu raudhah or tiz zaqyah or fazura.
tapi pengarah and team nye mesti ada reason sendiri. so, aku memang tersangat tak sabar..


aaron aziz aka hariz

maya karin aka izzah


lisa surihani aka mila

aku harus bagaimana part 2

dia kembali berebut oksigen denganku
dia masih berlegar di atmosfera yang sama
dia kekal dimataku

dulu aku pernah berfikir untuk penting diri. biarkan dia. jalani kehidupan seperti biasa tanpa fikirkan dia. tapi aku harus bagaimana? dia masih disini. semakin aku menjauhi. kurasakan dia tetap cuba mendekati. tiadakah perasaan malu dalam dirinya. berada bukan ditempatnya. berlegar dilain paksi. aku hairan. aku pelik.

semakin lama. semakin aku kenal diri dia. memang benar dia bukanya ikhlas berkawan denganku. tetapi kerana dia itu. bukti makin jelas. pengesahan telah tersedia. saksi juga telah berbicara.

kini aku makin berhati-hati. berwaspada dalam diri. supaya tidak termakan budi.