25 February 2011

apa keputusan anda??

result topup course/crash course dah keluar!!!!!!!!!
today....







so result u ol cenggane??
ok??
naek ke turun??



result aku ok-ok jek..
xde la hebat tapi tak teruk sangat





hope result kawan kawan semua baik-baik jugak la..
walau apa pon result kita.
marilah sama-sama kita terus kan dengan Final Year Projek..
bagi result FYP pulak gempak kebaboom!!!!!!!




22 February 2011

pernah cuba ini??? wajib cuba!!!



hye semua!!

korang pernah makan benda yang macam seperti merujuk kepada gambar bawah






actually aku pon tatau nama sebenar makanan ni.
ada yang sebut 'lok chin' (entahlah spelling nya betol ke tak.)
tapi aku dengan member seangkatan bagi nama baru
.....cucuk-cucuk....
sedap jek namanya sesedap rasanya.
nak taw kenapa cucuk-cucuk??


ha!
sebab ianya dicucuk kat lidi macam lidi satay.
cucuk-cucuk ni ada macam-macam rasa, bentuk, rupa, jenis, baka, dan keturunan
jadi anda bole pilih mengikut selera masing-masing
tapi kalau nak beli untuk ur frend, family atau orang selain diri anda.
pilihlah mengikut cita rasa mereka ye.


ini antara kegemaran aku. yang merah udang ni dan yang macam sosej disusun tinggi tu.
dalam sosej ni ada pulut. sedap sangat!! the best!!



lepas pilih yang mengikut selera korang, family atau frend.
korang kena bagi mak cik atau anaknya untuk dibakar.
lepas bakar kena makan dengan kuah cili yang serupa sos tapi cair sikit.
ada jugak sesetengah orang yang suka letak mayonis.
tapi aku tak suka. nanti cepat muak.


banyak sangat pilihan. kekadang mencecah 20-30 jenis.
kena pandai pilih, ada yang mungkin tak memenuhi selera korang



kiut miut kan this one. rasanya not bad.
serupa mashmallow. lepas kena bakar kiut miutnya akan berkurang sikit. hitam sana sini. haha




20 February 2011

CONTEST SENYUM TAK NAMPAK GIGI.



hello semua!!
assalamualaikum...


buka2 je blog tgok kena tag dengan si gadis manis alice untuk contest senyum tak nampak gigi.
nak join ke tak nak join ke tak..

join jek la hati berkata.
so start mencari picture yang mana senyum tak nampak gigi arnab kat depan tu.

tuan punya contest ni ialah cik muaz.. chantek orang nye!!

setelah berpeluh peluh menyelongkar mencari
terjumpa dua pinture ni.




tis is my first time join contest taw. hehe!!



nak tag depa neh pulak.






18 February 2011

LAFAZKAN KALIMAH CINTAMU






dont judge a book by its cover!!!
yess!!!!!!
novel lafazkan kalimah cintamu membuktikanya.
kalo dilihat dari cover novel tiada lasung keinginan nak membeli mahupun membaca.

tapi..










bila dah mula membaca anda dijamin akan rasa macam nak baca lagi.
sampailah diluar kawalan anda ingin menghabiskanya.
bayangkan my fren yang tak pernah layan novel pon boleh tersangkut.


aku orang first yang baca novel tuh kat rumah memandangkan tuan punya novel dah membacanya dikampung halaman terchenta.
depa gelak gelak sebab aku nanges sampai meleleh basah bantal.
hidung siap merah merah.
aku cakap sedih weyh cerita neh. tapi kalau sampai part lawak rasa nak gelak guling pon ada. depa stil pelik baca novel jek pon sampai boleh nanges and gelak sorang sorang..


lepas aku baca farzana baca. kenapa dia baca adalah persoalanya kerana dia memang tak layan novel. hal ini disebabkan (cewahhh ayat macam karangan PMR pulak) laptop kesayanganya buat hal. untuk menghilangan rasa bosan dia pon start baca. tyme ni aku berada di lab dan tetiba ada call. ayat pertama dari pemanggil adalah.......

dida... sedihlah... dengan suara serak basah macam baru pas nanges.
hah?? awat??
novel nie...
hahhahaha... aku bantai gelak la apalagi


amik kau haritu gelak kat aku.
so sekarang satu rumah dapat sindrom novel tulisan siti rosmizah ni.
jangan pelik andai rakan anda akan memencilkan diri dikala beliau membaca novel ini.


kat bawah ni aku ada sertakan sinopsis cerita yang aku ambik dari sini

Tengku Aqilah, seorang anak yang di sisih oleh bapa kandungnya sendiri. Kecetekan iman Tengku Hisham menyebabkan beliau menyalahkan anak bongsunya sebagai punca kematiaan isterinya. Selama 13 tahun Tengku Aqilah hidup di perantauan membina kehidupannya sendiri. Selepas tamat belajar Tengku Aqilah berhajat untuk kembali semula ke pangkuan keluarganya namun kepulangannya itu telah membuka tirai luka dalam hidupnya.

Tengku Natasha yang tidak pernah padam api dendam terhadap adiknya, telah menggunakan tiket sebagai anak kesayangan Tengku Hisham, memperlekehkan Tengku Aqilah dengan memberikan Tengku Aqilah jawatan sebagai seorang penyambut tetamu merangkap tea lady di Syarikat milik keluarga mereka. Demi untuk menagih kasih seorang bapa Tengku Aqilah akur jua.

Tengku Ryan Ameer, jejaka tampan kacukan Inggeris melayu itu begitu angkuh dan sombong, di tambah pula dengan kedudukan bapanya, Tengku Hashim sebagai pemegang syer terbesar diSyarikat Megah Holdings. Kehadiran Tengku Aqilah di Syarikat itu begitu menjengkelkannya, sehinggakan mereka tidak boleh langsung bertembung muka pasti perang mulut akan meletus. Tengku Aqilah sedar di mata Tengku Ryan Ameer begitu membara api kebenciaan terhadap dirinya.

Tengku Hashim, bapa saudara Tengku Aqilah amat menyanyangi gadis malang ini. Manusia hanya mampu merancang namun perancangan Yang Maha Esa lebih hebat dari segalanya. Sebelum menghembuskan nafas yang terakhir Tengku Hashim telah membuat satu wasiat yang telah mengubah segala-galanya. Apakah wasiat beliau itu? Mampukah Tengku Aqilah mengapai kebahagiaan dalam hidupnya? Mampukah Tengku Aqilah terus menagih kasih dari bapanya? Begitu utuhkah api kebenciaan Tengku Ryan Ameer pada Tengku Aqilah? Segalanya akan terjawab dalam novel setebal 816 mukasurat ini.




lepas aku baca aku cakap kat tuan novel nanti kalo aku free nak baca lagi. haha





CERITA GEMBIRA TAHUN BARU CINA


tahun baru cina yang lepas aku pegi GENTING weyhh....
gila eksited aku rasa first time nak pegi genting la katakan
kesiankan???
orang laen dah tak heran dengan genting tuh..
ada yang everyweek jejak kaki kat sana
tapi apa aku kesah.
dah aku tak pernah pegi suka hati la aku nak eksited tak tentu pasal.
hahahaa!!




ni muka eksited dah sampai genting walaupun tak dirancang dengan baek.
tengoklah kaki beta yang hanya memakai selipar. haha!

jumpa kawanbaru kat sana. orang sabah semuanya. weyh kawan baru!! i jeles ngan kulit korang!!!!!! how come kulit korang sume gebu-gebu eh??


our first outdoor game. rumah hantu apontah.


sebelum masuk muka cuak gila.
start jek masuk hazirah start pegang tangan aku. berdebar gila sepanjang kat dalam tu almaklumlah gelap. aku asyik cakap " aku rasa sebelah kanan kita mesti ada sumting. kiri kot kat sini. after selekoh ni mesti ada." tetiba aku rasa cerak semacam je. aik??
macam tu jek?? my fren baby yang tak puas hati terus pegi tanya kat kaunter.
pastu bole budak kat kaunter tu cakap memang ada sound effect jek kat dalam tu akak.
LOLLLLLL!!!!!!!!!




my new frenn jugak!! made in INDIA...
original from INDIA owkeyh!! karan namanya.


kami jumpa masa naik teksi yang sama nak naek genting. sampai jek kat cabel car tu terus bawak haluan masing masing. tapi kat atas jumpa balik. so banyak gak la game yang kami main sama-sama. paling best tengok muvi 4d. terkial jugan la aku nak sembang dengan dia. tapi besh la dapat tambah kawan.



kena tinggal my slipper kat bawah tyme naek ni. kesian awok incik slipper. abang yang jaga tu tak bagi saya pakai awok kalo nak naek. katanya nanti takut awak terpelanting kat bawah susah. saya kena beli slipper baru plak nak jalan jalan kat sini.


picture bawah ni pulok saya tengah nak baling syiling. before baling saya buat niat. banyak wish saya. macam macam ada. tapi macam tak berbaloi dengan syiling yang saya baling je. wish sampai 100 baling syling 10 sen.
lallalalala~~

naek ni untuk merehatkan kaki seketika selepas penat bejalan.


best sangat at last aku dapat pergi genting tapi nanti akan pergi lagi sekali sebab tymearitu musim hujan. so sangat banyak outdoor game yang tak boleh nak try. rugi!!!


10 February 2011

wajarkah safee sali ke pelita jaya??



penghijrahan safee sali ke kelab pelita jaya (dah xde nama lain ke nak guna. macam tak berapa nak komersial jek. hehe) telah menimbualkan pelbagai andaian tanggapan tangkapan dan segala yang berkaitan la.
ada yang sokong ada yang tak.
mungkin safee mempunyai alasan yang tersendiri kenapa dia nak p main kat sana.

setelah aku search untuk mencari sedikit maklumat di wikipedia mengenai kelab bercahaya pelita jaya neh, didapati ada lebih kurang 5 orang pemain import (dari Jepun, Argentina, Praguay dan perancis).
so, akan ada satu persaingan yang baru bagi diri safee ni walaupun tahap kualiti permainan kelab ini masih belum dikenalpasti tapi sekurang kurangnya dia akan ada peminat baru disana nanti. haha!


pendapatan yang dia dapat pon sangat lumayan RM 30 360 sebulan.
memandangkan usia safee ni pon bukanya muda sangat 27 tahun.
secara puratanya setelah didarab campur tolak dan bahagi dia mungkin boleh beraksi dalam 5 ke 6 tahun lagi.
ini pon kalau dia bersih dari segala kecederaan la.
so apa salahnya kalau dia nak kumpul duit banyak banyak kan.
untuk masa depan jugak.


melalui penghijraha safee mungkin bole manjadi duta malaysia disana juga segenap pelosok dunia untuk memperkenalkan pemain malaysia dimata dunia. kannnnn...
lepas ini mungkin lebih ramai pemain malaysia dilamar oleh kelab2 yang lebih baek.
mungkin chelsea kan...
bila lah boleh tengok pemain malaysia main dengan chelsea agaknya.


memandangkan safee dah pon membuat keputusan. kepada sesiapa yang mungkin kurang bersetuju dengan pilihan beliau, apa kata kita sama sa
ma fikirkan ke arah yang lebih positif.


kepada safee.sali

main elok elok ye kat sana.
banggakan malaysia kita.
MALAYSIA BOLEH!!
dan hati-hati kat sana.
peminatnya fanatik sikit.
jangan sampai terpaksa beli kereta perisai pulok ye...



cerita dah basi tapi aku tetap nak story... IRWANSYAH






mayb cerita neh dah agak basi. tapi aku nak cerita gak..ada aku kesah. haha!





hal ini adalah disebabkan oleh kekecewaan yang melampau...
diatas perkahwinan pelakon dan penyanyi popular indonesia yang popular dengan lagu pencinta wanita tuh... ingat tak?? kenal tak??




cakap la kenal sebab aku memang suka tengok muka si IRWANSYAH ni.. rasa macam sejuk jek mata memandang.
kalo bab suara pulak no komen la.. ahahhaha.

si irwansyah ni dulu hangat bercinta dengan acha septriasa..
lepas depa putus, dua-dua macam dah senyap sikit..
tup!! tup!!

aku baca berita irwansyah dah nikah dengan artis zaskia sungka
r.. muda lagi isteri dia neh, baru 21 irwansyah pulak 26. kira ok la tuh. sama chantek sama padan.
menurut cerita yang aku baca jugak mengatakan yang mereka akan berusaha untuk mendapatkan anak secepat mungkin.
sebenarnya mereka telah bertunang pada 8 disember lalu.
so, depa bertunang kejap jek la.






apo citer ngan acha ha? die dah jumpa penggantin ke belom?
apa perasaan dia eh?

lanatak dia la yang aku taw memang kuciwa habes la aku neh. hahahah!