18 February 2011

LAFAZKAN KALIMAH CINTAMU






dont judge a book by its cover!!!
yess!!!!!!
novel lafazkan kalimah cintamu membuktikanya.
kalo dilihat dari cover novel tiada lasung keinginan nak membeli mahupun membaca.

tapi..










bila dah mula membaca anda dijamin akan rasa macam nak baca lagi.
sampailah diluar kawalan anda ingin menghabiskanya.
bayangkan my fren yang tak pernah layan novel pon boleh tersangkut.


aku orang first yang baca novel tuh kat rumah memandangkan tuan punya novel dah membacanya dikampung halaman terchenta.
depa gelak gelak sebab aku nanges sampai meleleh basah bantal.
hidung siap merah merah.
aku cakap sedih weyh cerita neh. tapi kalau sampai part lawak rasa nak gelak guling pon ada. depa stil pelik baca novel jek pon sampai boleh nanges and gelak sorang sorang..


lepas aku baca farzana baca. kenapa dia baca adalah persoalanya kerana dia memang tak layan novel. hal ini disebabkan (cewahhh ayat macam karangan PMR pulak) laptop kesayanganya buat hal. untuk menghilangan rasa bosan dia pon start baca. tyme ni aku berada di lab dan tetiba ada call. ayat pertama dari pemanggil adalah.......

dida... sedihlah... dengan suara serak basah macam baru pas nanges.
hah?? awat??
novel nie...
hahhahaha... aku bantai gelak la apalagi


amik kau haritu gelak kat aku.
so sekarang satu rumah dapat sindrom novel tulisan siti rosmizah ni.
jangan pelik andai rakan anda akan memencilkan diri dikala beliau membaca novel ini.


kat bawah ni aku ada sertakan sinopsis cerita yang aku ambik dari sini

Tengku Aqilah, seorang anak yang di sisih oleh bapa kandungnya sendiri. Kecetekan iman Tengku Hisham menyebabkan beliau menyalahkan anak bongsunya sebagai punca kematiaan isterinya. Selama 13 tahun Tengku Aqilah hidup di perantauan membina kehidupannya sendiri. Selepas tamat belajar Tengku Aqilah berhajat untuk kembali semula ke pangkuan keluarganya namun kepulangannya itu telah membuka tirai luka dalam hidupnya.

Tengku Natasha yang tidak pernah padam api dendam terhadap adiknya, telah menggunakan tiket sebagai anak kesayangan Tengku Hisham, memperlekehkan Tengku Aqilah dengan memberikan Tengku Aqilah jawatan sebagai seorang penyambut tetamu merangkap tea lady di Syarikat milik keluarga mereka. Demi untuk menagih kasih seorang bapa Tengku Aqilah akur jua.

Tengku Ryan Ameer, jejaka tampan kacukan Inggeris melayu itu begitu angkuh dan sombong, di tambah pula dengan kedudukan bapanya, Tengku Hashim sebagai pemegang syer terbesar diSyarikat Megah Holdings. Kehadiran Tengku Aqilah di Syarikat itu begitu menjengkelkannya, sehinggakan mereka tidak boleh langsung bertembung muka pasti perang mulut akan meletus. Tengku Aqilah sedar di mata Tengku Ryan Ameer begitu membara api kebenciaan terhadap dirinya.

Tengku Hashim, bapa saudara Tengku Aqilah amat menyanyangi gadis malang ini. Manusia hanya mampu merancang namun perancangan Yang Maha Esa lebih hebat dari segalanya. Sebelum menghembuskan nafas yang terakhir Tengku Hashim telah membuat satu wasiat yang telah mengubah segala-galanya. Apakah wasiat beliau itu? Mampukah Tengku Aqilah mengapai kebahagiaan dalam hidupnya? Mampukah Tengku Aqilah terus menagih kasih dari bapanya? Begitu utuhkah api kebenciaan Tengku Ryan Ameer pada Tengku Aqilah? Segalanya akan terjawab dalam novel setebal 816 mukasurat ini.




lepas aku baca aku cakap kat tuan novel nanti kalo aku free nak baca lagi. haha





4 comments:

  1. try lah, semua novel karangan siti rosmizah, novel-novel beliau syokkk abissss !

    baca ulang-ulang pon tak bosan, ;)

    ReplyDelete
  2. apa agik eh novel dia??
    list skit... huhu~

    ReplyDelete
  3. nk pinjam..hak2..jom join contest
    http://alicebaby89.blogspot.com/2011/02/segmen-senyum-xnmpak-gigi.html

    ReplyDelete
  4. alice!!!
    bukan i punya la syg..
    huhu~

    ReplyDelete