27 July 2012

Kan Kukejar Cinta Kamu

 Assalamualaikum



dah baca belum novel karya Fauziah Ashari? korang mesti macam pernah dengar kan nama penulis ni.. tapi ingat tak kat mana? haaa... tak ingat jugak? ishhh  korang ni.. dialah penulis novel ombak rindu yang difilemkan yang menampilkan aaron aziz, maya karin dan lisa surihani tu. sekarang  rasa teruja tak nak membaca? disebabkan terlebih teruja lah dida dengan semangatnya membeli dan membaca.




sebelum tu bacalah sinopsisnya yang kat belakang buku tu.









Mereka bertemu ketika sama sama belajar di luar negara. Dua tahun berkenalan mengukuhkan cinta mereka. Kerana cinta, mereka lupa pesanan papa dan abah mereka. Kerana cinta mereka  berkahwin secara senyap sebelum tiga bulan kembalinya ke tanah air.

Sehari selepas berada di tanah air, Raiyan kemalangan hingga menyebabkan dia kehilangan identiti diri dan keliru sentiasa. Alma hilang arah. Papa pernah berpesan, "jangan dekati keluarga Datuk Raqib (datuk Raiyan).

Nek Bonda (nenek Raiyan) ada mengugut. "Sekali kau dekat dengan Raiyan , berkali kali kau akan kecewa." Raiyan juga pernah berpesan, mereka mesti sama sama hadapi halangan keluarga . jika bersendirian, boleh karam. Ada makna pesan suaminya. Rupanya, Nek Bonda ala ala Hitler!!

Alma atur strategi. Tanpa mendeddahkan statusnya sebagai isteri, (tapi Nek Bonda tahu statusnya) dia buru dan dekati Raiyan dalam senyap. Dia melanggarperintah papanya dalam diam. Dia ingkar amaran  Nek Bonda demi cinta dan rindunya. Jika terang-terangan menjatuhkan ego dan maruah papa. Jika berterus terang hidup keluarganya terancam. Dan, tak mustahil Raiyan yang keliru  terus lari!

You ni cantikk. Buat I tergoda selalu. Tapi sayang, macam-macam perangai, buat I tergolek, pening tau.-Raiyan.

"Perkahwinan ni rupanya memang betul betul kesilapan.I harap sangat bukan kesilapan." Itulah ayat Raiyan, kunci keyakinan Alma. Dia redah lagi onak dan duri demi mengambalikan bahagia dua tahun tiga bulan di Ireland tanpa kelibat  Dilaila, Huzail, Qistina, Zack, papa, abah, dan Nek Bonda si Hitler....





Pertama kali dida baca dida rasa kurang menarik berbanding ombak rindu. tapi disebabkan ada suatu ketika dida tak beli novel untuk dibaca sebelum tidur jadinya dida ulang baca dan second tyme baca ni terus rasa sangat menarik dan jatuh cinta. menariknya sebab watak perempuan nya Alma sangat berani dalam menegakkan cintanya. Dia juga seorang yang pandai menggoda suami dan kadang kadang nakal. untuk watak Raiyan pulak dida kurang suka sebab dia digambarkan seorang yang berambut panjang jadinya dida rasa tak kacak dah.... 

2 comments:

  1. sy dah baca dah. novel ni memang best dan sy suke gile dgn watak Alma tuh!! =)

    ReplyDelete