29 June 2011

this is what we called engineering










ini cara engineering student selesaikan masalah matematik











ini pulak cara budak environmental engineering amik gambau secara beradap, berhemah, ayu dan bersopan santun









ini pula cara budak enviromental engineering ambil gambar secara tidak sopan dan tidak berhemah











comel bukan??








katakan comel!!!!!


kepada budak environmental engineering
University Malaysia Perlis













28 June 2011

loser



hye semua
assalamualaikum...






korang semua pernah rasa macam loser tak??
mesti pernah kan...
walaupon tak selalu rasa tapi mesti korang pernah rasa at least once kan..







saya selalu sangat rasa loser
banyak situasi yang menyebabkan saya rasa diri saya loser sangat..






situasi pertama
bila bos suruh buat sesuatu tapi saya tak paham how to do it..
lepas tanya saya macam dah paham tapi bila dah buat half of it
dah start blur balik.. nak pegi tanya lagi dah malu dah
tapi kalau saya tak tanya kang saya sesat jalan
bila pegi tanya bos jawab je. takde la nak marah ke hape ke.
mungkin bos pon paham kan
im new here.. thanx BOS!





situasi kedua
bila keluar lepak ramai-ramai
semua orang bercerita tapi bila sampai topic yang saya lansung tak paham
tetiba dorang gelak-gelak..
tyme ni memang rasa macam loser habes la..






situasi ketiga
bila orang tanya tak rasa nak ambil lesen kete ke??
arggghhhhh!!!!!!!
untuk makluman anda semua saya dah lama ada lesen kete
tapi saya tak berkemampuan nak memandu je..
loser!!!






so far ini jek yang saya sempat ingat situasi-situasi yang membolehkan saya berperasaan menjadi seorang loser yang berjaya




till next entry kalau bole ingat lagi kita boleh sambung lagi tentang diri ku yang selalu loser ini..





ok semua..



harap anda semua ok dengan diri saya yang loser ini..








nobody perfect yaw!!

peace!!!







26 June 2011

sepatu versus wanita



hye semua..
rasanya ramai wanita yang memang memiliki keghairahan terhadap sepatu. tak kira apa pon jenisnya, terpulang lah kepada minat masing-masing. kalo saya, saya suka peeps toe ataupon wedges tapi memandangkan skop kerja sekarang kurang mengizinkan jadi saya lebih selesa dengan sneakers dan wedges sahaja. sepatu bukan sahaja melindungi kaki tetapi ianya boleh juga menggambarkan si pemakai.. sekali jom kita review...


stilleto atau tumit tinggi
menunjukkan pemiliknya memiliki peribadi yang kuat dan berkeyakinan tinggi.
mereka juga percaya kepada kemampuan diri (confident level yang tinggi la orangnya), sukakan cabaran, tak gentar dengan cabaran hidup dan out spoken.

kalo kita tengok luaran orang yang suka stilleto memang nampak moden, tapi sebenarnya mereka sangat ber pegang teguh dengan nilai tradisi terutamanya dalam rumah tangga. so, maksudnya xde la moden sangat mereka ni.






but
pemiliknya seorang yang sanagt berkeyakinan dan mereka tahu apa yang mereka mahukan dalam hidup ini serta mereka akan berjuang bagi merealisasikan atau mencapai hasrat mereka itu.. mereka berperibadi menarik tertarik kebaabooommm...
mereka bertenaga danberkeinginan tinggi untuk mendalami sesuatu ilmuChristian Louboutin bandage ankle boots grey



mary-jane
mereka seorang yang teratur dan bersistematik dalam hidup tetapi mereka bukanlah individu yang membosankan kerana mereka adalah wanita yang mempunyai sifat feminin yang kelakar, suka berkawan dan bersantai.
mereka juga bersikap rapi, kemas dan sempurna.

(sorry ye semua readers.. macam ada yang baca jek kan.. hehe
saya dah try searh sepatu mary jane ni.. tapi saya tak tahu macam mana rupanya sepatu yang diberi nama mary jane ni. kalau ada antara anda yang tahu, jgn le segan- segan nak share ye..)


sneakers
penggemarnya dikategorikan sebagai wanita yang tenang dalam menjalani kehidupan.
mereka akan sentiasa tabah dan tenang dalam berhadapan dengan dugaan hidup.
mereka jujur dalam berkata-kata dan seorang yang bersifat humor yang akan menyenangkan orang disekeliling mereka.

Nike Women' s Air Force 1 Premium ' 07



classic pumps
ianya merupakan antara sepatu yang wajib bagi golongan profesional.
ini menggambarkan mereka rajin dan bertangungjawab.
mereka mempunyai daya intelektual yang tinggi.
mereka tidak sombong dan amat menyayangi keluarga serta sangat pemurah dah kerana ini mereka mempunyai ramai sahabat.




peep toe
berkeperabadian menggoda
boleh menarik perhatian orang ramai dan seksi
boleh membuatkan semua mata melirik kepada pemakainyajika berada disesuatu majlis..

keghairahan terhadap sepatu bukanlah sesuatu yang aneh, apatah lagi dengan perkembangan fesyen zaman kini dimana sepatu memiliki pelbagai bentuk, corak dan warna. walau bagaimana pun, anda semua mestilah ingat bahawa ikutlah keperluan dan jangan terlalu mengikut keinginan. tepuk hati tanya wallet masing-masing



22 June 2011

puisi untuk sahabat



mengapa perlu didengar
jika hanya angin yang membawanya
kenapa tidak kau mencuba mengambil tahu
dari mana datangnya angin itu


jangan diambil tahu
jika ianya hanya dari angin
angin juga barangkali menipu
manatahu ada kipas disitu
tiada siapa yang tahu


kenapa kepada angin kau lembarkan percaya
sedangkan aku disini sudi menjelaskan segala
jangan disimpul dulu perkara itu
semua perlu dirungkai dahulu

aku ingin sekali menghampar tikar dipadang nan hijau itu
duduk bersila bersama denganmu
atau bersama mengorak langkah kesitu


aku ingin kita semua bersama wahai sahabatku
aku tak ingin dan tak bisa sendiri tanpa dirimu
melangkah seiring ke satu titik bersamamu


sahabatku,
semua debu yang dibawa angin itu kotor belaka.
jauhilah jasadmu darinya.
agar kita sentiasa bersama selamanya