15 June 2010

dulu sahabat... kini???



tak lama dulu
aku rasa kita dekat, rapat dan sahabat.

tapi kau bagaimana?

adakah seperti diriku jua?

seingat aku, kau pernah berkata,

kita sahabat malah boleh percaya kongsi segala.

aku luah segala. kita bicara semua

walau hanya dialam maya


tapi kini,

aku rasa kita jauh, renggang dan musuh barangkali

kau bagaimana?

adakah kita masih sahabat?

adakah aku sudah dilupakan?

atau aku menjengkelkan?

mengapa semuanya begini?

kita tidak seperti dulu


ingin rasanya berbicara dengan mu seperti tika dulu

tapi janggal kurasakan

aku sedar aku telah dilupakan

barangkali aku jua patut melupakan

kerana diriku hanya enggang dihutan

dirimu umpama merak dikayangan

selamat tinggal sahabat

aku mendoakan dirimu sihat hendakNYA

bahagia bersama mereka..




No comments:

Post a Comment