18 January 2011

khurafat di SP




Khurafat (Arab: خرافة‎) ialah kepercayaan karut atau tahyul yang diada-adakan berpandukan kepada perbuatan-perbuatan dan kejadian-kejadian alam yang berlaku.

ahad lepas aku and my frends pegi tengok citer khurafat midnight. kami sedikit terlambat dalam 5-6 minit jek rasanya. so xde la macam tertinggal banyak sangat sampai ko tak paham satu cerita kan. lagipun aku tengok kat sp. tiket nye murah sangat. rm 7 jek. naseb baek tak duduk sp. kalo tak semua muvi aku p tgok wayang. haha




Kisah bermula dengan Johan(shamsul yusuf), seorang pemuda yang bekerja sebagai Pembantu Perubatan di sebuah hospital kerajaan. Dia sudah berkahwin dan mempunyai seorang isteri bernama Ayshah(liyana jasmay). Seawalnya pasangan ini hidup aman & bahagia, namun tanpa disangka ujian melanda di pertengahan jalan, kesan daripada ‘gangguan misteri’ yang berterusan.

Dalam pada masa gangguan-gangguan itu, hadir pula seorang perempuan tua yang tidak Johan kenali namun sering menyapa dan cuba mendekati Johan sewaktu di tempat kerja. Tanda tanya dan trauma yang melanda Johan & Ayshah tidak habis di sana, malah ditambah dengan munculnya bekas teman wanita Johan yang bernama Anna (sabrina ali).Walaupun setelah mengetahui Johan sudah berumah tangga dan bergelar suami yang sah pada Ayshah, Anna masih terus mengganggu dan merayu untuk menerimanya semula. Ini menyebabkan Johan bertambah runsing dan bertekad untuk mempertahankan rumah tangganya dengan segala daya.

Tidak lama setelah berkali-kali ditolak cintanya, Anna ditemui mati;bunuh diri. Kematian Anna adalah kemuncak bagi segala siri kejadian misteri yang berlaku dalam hidup Johan & Ayshah.



jalan cerita muvie nie agak menarik tapi ada beberapa kemusykilan dalam diri, jiwa dan raga aku.

1. Johan ni bekerja sebagai pembantu perubatan kat hospital kan. so die kerja sampi tengah malam, pepagi buta dan segala. tapi kenapa kat hospital or kat tempat die kerja tu xde lampu. kok ye pon ko nak bangkitkan mood, tapi ko kena tengok situasi sebenar jugak kan. malam2 kat hospital mana ada orang tutup lampu.

2. semasa si Johan diganggu oleh makhluk tu. die nie xde inisiatif lansung ke nak baca apa2 yang patut? mulanya aku ingat die ni dah terpesong ke apa ke sampai Al-fatihah pon x terkeluar kan. tapi tetiba bole pulak ko jadik imam solat jenazah.

3. apa sebenarnya kaitan makcik yang anaknya muka sama ngan johan tu dengan jalan cerita. watak die mati cenggitu jek.

apo pon. aku enjoy tengok muvie nie.. coz orang yang tengok ngan aku semuanya lawak2 maksud aku orang yang aku tak kenal tapi seat yang dekat2 ngan aku. so cerita ni dah tak jadi seram pon. tapi kadang-kadang geram pon ada. hehe!
pastu ada pulak sorang makcik nie bole angkat call gossip-gossip kat lam wayang. ganggu betol!


2 comments:

  1. memang citer hantu suka tutup lampu.setahu aku kerajaan suh jimat tenaga pon tak de la sampai suh hospital ttp lampu.ngeri noks~

    ReplyDelete
  2. saya sokong anda.
    tutup lampu sampai crita jadik tak logic dah.. huhu

    ReplyDelete