30 November 2010
ashiteru lirik
29 November 2010
yang kita selalu vs yang harus tahu
YANG KITA SELALU...
Ya Allah Ya Tuhanku, aku bukanlah hambaMu yang tidak menjalankan perintahMu. Aku bersolat, Ya Allah. Aku juga berpuasa, Ya Allah. Aku cuba mendekatiMu tapi mengapa Kau masih mengujiku dengan ujian ini, Ya Allah? Apa maksud disebalik ujianMu ini, Ya Allah?
YANG HARUS TAHU...
"Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: Kami beriman, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar benarnya beriman dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta."
~ Al Ankaabut: 2-3 ~
YANG KITA SELALU...
Saat ini tiada seorang pun mahu membantuku, Ya Allah. Aku keseorangan, Ya Allah. Aku kebuntuan, Ya Allah. Aku kesedihan, Ya Allah. Apa yang harus kulakukan, Ya Allah? Katakanlah...
YANG HARUS TAHU...
"Cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; kepadaNya aku berserah diri dan Dialah yang mempunyai Arasy yang besar."
~ At Taubah: 129 ~
YANG KITA SELALU...
Ya Allah, sesungguhnya Kau Maha Berkuasa, Ya Allah. Mengapa tidak Kau sahaja yang memperbetulkan keadaanku ini, Ya Allah?
YANG HARUS TAHU...
"Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri"
~ Ar Ra'd: 11 ~
YANG KITA SELALU...
Akan tetapi aku sudah lakukan begini dan begitu, namun mengapa ianya tidak seperti yang ku harapkan, Ya Allah? Mengapa tidak seperti yang ku impikan, Ya Allah? Engkau mengetahui bahawa aku suka itu dan ini manakala benci itu dan ini. Namun mengapa Kau tidak membantuku, Ya Allah?
YANG HARUS TAHU...
"Boleh jadi sesuatu yang kamu benci itu amat baik untuk kamudan boleh jadi sesuatu yang kamu sukai pula amat buruk untuk kamu. Allah Mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui"
~ Al Baqarah: 216 ~
YANG KITA SELALU...
Namun aku melihat ujianMu ini terlalu besar, Ya Allah. Terlalu berat untuk ku hadapi. Adakah Kau patut membebaniku dengan ujian seberat ini sedangkan Kau Maha Adil, Ya Allah?
YANG HARUS TAHU...
"Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya."
~ Al Baqarah: 286 ~
YANG KITA SELALU...
Kini aku hanya mampu menangis kerana kesedihan ini, Ya Allah. Aku menjadi putus asa, aku hilang daya, aku kini tidak lagi bernilai di mata dunia, Ya Allah. Sekiranya aku tidak kisah pandangan mata dunia dan hanya mengharapkan namaku disebut-sebut penduduk langit, bagaimanakah caranya Ya Allah?
YANG HARUS TAHU...
"Dan janganlah kamu merasa lemah, dan jangalah kamu berdukacita (terhadap apa yang menimpa kamu), padahal kamulah orang-orang yang tertinggi jika kamu orang-orang yang (sunguh-sunguh) beriman"
~ Ali 'Imran: 139 ~
YANG KITA SELALU...
Adakah masih ada jalan keluar bagiku, Ya Allah? Apakah jaminanMu pada hambaMu yang lemah, sedih dan kesempitan ini, Ya Allah?
YANG HARUS TAHU...
"Sesiapa yang bertakwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya) , serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya) . Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu."
~ At-Thalaq: 2- 3 ~
YANG KITA SELALU...
Kini hatiku bertambah tenang, Ya Allah. Namun berapa lama harus aku memerangi kesukaran ini, Ya Allah? Adakah ianya akan berlarutan hingga akhir hayatku, Ya Allah?
YANG HARUS TAHU...
"Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan. Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan"
~ Al-Insyirah: 5-6 ~
Alhamdulillah. Aku yakin dengan KalamMu, Ya Allah. Akan ku hadapi ujian hidup ini dengan hati yang berlapang dada. InsyaAllah...
So,in time of difficulties, do not say "Ya Allah, i've got big problem", instead, "Hey problems, I have the Almighty God (ALLAH) and everything's gonna be alright"... Insha'Allah
sayang awak!
27 November 2010
5 DON'T SLEEP WITH
You may never wake up again. : )
bagaikan bidadari
Bagai sebuah cerita aku dan dia
Bermula hanya matanya yang mempersona
Dia membuatkan hari-hariku
Bagai sempurna tiada celanya
Jika kau tak bersama
Hadirmu bagaikan bidadari
Melengkapkan langkahku yang terhenti
Kaulah permaisuri gelap dunia tanpamu
Umpama nafasku kan berhenti
Jika kau hilang dalam hidup ini
Percayalah kasih cintaku padamu
Tak pernah hilang
Tak akan pergi
kita kan terus bersama
Jangkauan kasih kita hingga ke akhirnya
Hidup kita bagai di syurga
Tak pernah hilang
Tak akan pergi
Tetap di hatiku
Kekal di hatiku
Hanya kamu
Tetap di hatiku
Tetap di hatiku
spesel for my mum and dad. luv uols.. muaxxxxx!!!!!!
26 November 2010
tambah tolah darab bahagi semua ada
22.11.2010
tok tersayang pergi meninggalkan kami 1 family untuk selamanya. (Al-fatihah)
semoga ditempat bersama orang2 beriman. amin~
aku tak bersamanya tyme tu. ada kat uni coz tengah final exam.
last aku jumpa dia masa raya haji haritu.
aku dapat berita ni tyme makan kat gerai. my Sis yang call bagitaw.
sedih sangat tapi aku bukan yang jenis nanges depan orang. huhu
so my fren sume pelik coz aku memang nampak cool je tapi kat dalam hampa tatau weyh. huhu.
petang almost 5pm aku sampai kampung even parent aku tak bagi balik aku degil nak balik jugak. iyela esok aku ada paper final kan. pagi pulak tu. tapi xpe, aku takesah. thanx to my fren (zana, hazirah and wani) yg teman kan aku balik. balik semula ke uni almost 10 malam dah. mandi dan terus sambung stady even perasaan tyme tu ingat kat rumah and badan agak letih. tapi kena go on jugak. go dida.
23.11.2010
my first paper for final year. built environment (9 am). habes jek terus lega walaupun tak dapat menjawab dengan jayanya. tabole nak hepi lagi. baru first paper ye dida oiii.. jangan nak bahagia sangat. balik jek rest sat terus sambung stady for next paper. macam hebat kan. haha.next mission plez
24.11.2010
my second paper. statistik for engineers(830pm). untuk pertama kali paper final malam. tak rasa macam final exam sangat la. buka jek soalan terus buat soalan target bole jawab. kuang3~
mode: bole ni... next buka soalan selebihnya.. what the??????? soalan apakah ini. tatau buat weyh. aku pon apa lagi. goreng la apa yang patut dengan masuk bahan bahan yang aku tak sure pon betol ke tak. janji paper aku tak kosong. haha. lepas jek hantar paper terus toleh kiri kanan. busy tanya weyh ampa bole buat tak. ramai kata tak bole. siap ada yang target nak kena repeat sem depan pon ada. what?? aku tamo repeat~~~ baliknyeh singgah makan gerai tepi jalan. sampai rumah pon almost 1. nak tido~ tapi tabole esok still ada paper ye kawan-kawan.
terus membaca dan menghafal apa yang patut. mata dah tak tahan 3++ am aku pon tido kat luar bersama hazirah. dalam pukol 5 bangun sambung study. hebatkan. haha
25.11.2010
thinking skill (9am) pergi exam dengan mata yang tak cukup tido. haha~ luar dewan start bergelak dah sambil konon-konon hafal last minit haha. paper ni memang best la menggoreng. kalo hampa suma tengok memang tergugat la. tapi aku sendiri pon tatau apa yang aku tulis panjang2. macam buat karangan pon ada gak. lallalalla~
balik nyeh terus cover tido sampai dah tak ingat dunia. bangun petang terus blur. haha.
next paper on 30. so sempat la rest sat. then nak sambung stady balik.
gud luck ye sume.
11 November 2010
Mimpi Yang Mati - Bliz
Lantas ku gapai bintang yang berjuta
Bintang yang ku impikan menerangi
Takkan ku biarkan berlalu pergi
Andai benar kau menjadi milikku
Mencintaimu menjadi sukmaku
Namun jika hadirmu satu mimpi
Aku rela tidur sepanjang hari
++ Ku tunggu mentari di hujung siang
Tak ku sangka awan hitam menjelang
Sumpahku jadi tak pasti
Nyatalah mimpi
Mimpi yang mati
Genggaman tanganku terbuka sepi
Mendamba dirimu satu ilusi
Bintang yang ku gapai tak berpanjangan
Hadirmu di dunia hanya pinjaman
Ulang ++
10 November 2010
aktiviti study week yang tak berapa study :P
08 November 2010
30 Perkara Perempuan Tak Sempat Bagitau Lelaki
2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.
3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).
4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.
5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!
6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.
7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati,tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan,dia akan lakukan apa saja.
8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan.
9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik,puisi,lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.
10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni lansung tak berguna.
11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.
12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.
13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan senyum sebarangan.
14. Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan dengan persahabatan.Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.
15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.
16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.
17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya.Tanya dia sendiri!!
18. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.
19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.
20. Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya, kemudian barulah dirinya sendiri.
21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!
22. Satu ucapan 'Hi/Assalamualaikum' sahaja sudah cukup menceriakan harinya.
23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.
24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.
25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.
26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..
27. Senjata wanita adalah airmata!!
28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya (hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis). Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati. Dengan i! ni dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.
29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya. So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah...
30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.