31 August 2010

jalan-jalan ramadhan


mulanya nak pergi shoping. tapi aku nak window shoping ja. maklumlah poket dah makin nipis. kawal perbelanjaan. budjet sem nie dah lari jauh. waaaa!!!! owkeyh kembali!! before shopping jom singgah tasek jitra snap picture dulu. nie hasilnya dijitra







setelah berpeluh sana sini sikitsikit. perjalanan diteruskan yawata,jitra dan alor setar. ingin shopping raya kata mereka. ni antara aksi mereka ketika shopping.






nampak gaya cam bershoping sakan kan?? bila dah sampai rumah baru semua sedar yang sebenarnya semua tak beli apa-apa. balik dengan tangan kosong jek. so, motif pegi sememangnya window shopping and taking a lot of picture~

next activity was: maen bowling... just untuk habiskan masa nak tunggu waktu berbuka.actually nak pegi berjalan lagi, tapi jammed teruk sangat kat luar tadi. so malas nak gerak.






habes jek maen tros gerak pergi tesco. mau bebuka kat sana. PIZZA!!!! semua dah starving habes.

pengembaraan for this time ends here. will be continue soon. MAYBE~

BODOH

aku sayang kau la BODOH
tapi kenapa kau tak pernah nak sayang diri kau
penat dah aku nasihat segala.
tapi apa yang aku dapat?
kau kata nak mati cepat.
BODOH!!
dah cukup ke bekalan kau nak nak bawak pergi sana?
BODOH!!
kau sedar tak yang ramai sayang kau?
kau tahu tak yang ada cinta kau
kau paham tak nanti ada yang rindu
kau memang BODOH la sayang~

21 August 2010

ombak rindu

the best novel so far yang aku dah baca. ombak rindu. pertama kali baca kalo tak salah masa form 4 (16 tahun). pinjam novel member. till now 23 tahun aku dah baca tak kurang dari 7 kali rasanya. secara puratanya setahun sekali. haha!! hebat!!
last week aku terview facebook aaron aziz dan aku terbaca yang mengatakan bahawa ombak rindu difilemkan!! WHAT???? so excited... tak sabar!!!

aku suka sangat watak hero nya hariz..aaron aziz yang akan pegang peranan ni. memang sesuai sangat. tapi yang kurang menarik pulak watak izzah. maya karin akan jadi izzah. lisa surihani akan bawak watak mila si kurang siuman.. ahahha aku kurang bersetuju la dengan pemilihan watak izzah kerana tak kena dengan maya karin.watak mila lebih sesuai dengan maya. aku bukan nak kata maya tak hebat tapi tak sesuai. aku suka maya karin, cantik. watak izzah lebih sesuai dengan pelakon yang mukanya polos dan innocent such as ayu raudhah or tiz zaqyah or fazura.
tapi pengarah and team nye mesti ada reason sendiri. so, aku memang tersangat tak sabar..


aaron aziz aka hariz

maya karin aka izzah


lisa surihani aka mila

aku harus bagaimana part 2

dia kembali berebut oksigen denganku
dia masih berlegar di atmosfera yang sama
dia kekal dimataku

dulu aku pernah berfikir untuk penting diri. biarkan dia. jalani kehidupan seperti biasa tanpa fikirkan dia. tapi aku harus bagaimana? dia masih disini. semakin aku menjauhi. kurasakan dia tetap cuba mendekati. tiadakah perasaan malu dalam dirinya. berada bukan ditempatnya. berlegar dilain paksi. aku hairan. aku pelik.

semakin lama. semakin aku kenal diri dia. memang benar dia bukanya ikhlas berkawan denganku. tetapi kerana dia itu. bukti makin jelas. pengesahan telah tersedia. saksi juga telah berbicara.

kini aku makin berhati-hati. berwaspada dalam diri. supaya tidak termakan budi.

20 August 2010

Dia & Aku kata

Sayang betul dia kat aku.

Aku buat salah teruk, dia menangis satu malam.
Dan kemudian esok pagi, dia jumpa aku, dia tersenyum.
Kesalahan aku memang tak layak untuk terima senyuman tu.

Apakah memang ada manusia yang murni macam ni?

Dia nak marah, tapi dia nak ketawa.
Dia nak pukul, tapi dia nak ketawa lagi.
Dia nak tunjal kepala aku, tapi dia takut kepala aku sakit.
Dia nak lepaskan kemarahan dia, tapi dia takut aku terasa.
Dia nak merajuk, tapi dia nak berbual dengan aku.
Dia nak paling muka, tapi dia nak tengok muka aku.
Dia nak menangis, tapi dia tak nak bersedih masa tu.
Dia nak maafkan aku, sebab dia nak terus sayang aku.

Dia kata aku bodoh, aku kata, memang.
Dia kata aku tak fikir, aku kata tu lar pasal.
Dia kata aku tak guna otak, aku kata itu betul.
Dia kata aku bangang, aku kata paling bangang.
Dia kata aku jahat, aku kata takda niat.
Dia kata aku takut bila buat salah, aku kata takut gila.
Dia kata dah agak dah, aku kagum dengan firasat dia.

Dia dah tak tahu nak kata apa, aku kata, jangan kata apa, pukul je.
Dia dah tak nak pukul, aku kata maaf.

Dia tanya dah makan? Aku kata nak makan sama.
Dia kata jom.
Aku kata dalam hati..
"Tuhan, kalau betul dia jodoh, biar aku lawan untuk jodoh ini!"

ihsan:: http://zahiriladzim.blogspot.com

bazar ketika ramadhan

hampir setiap petang aku akan menapakkan kakiku kesana.
sekali menapak. dua tiga kali pusing
dua tiga kali pusing. tangan kosong
tiada nafsu.banyak pilihan
toleh kanan. toleh kiri
yang terlihat kepala manusia
bertudung. botak. rambut ikal. serabut!!
tak dapat menghayati juadah dengan sempurna.
kenapa?
aku tak cukup tinggi mungkin.
ahh!!! tidak
mereka lebih tinggi. ye benar!
aku tak bohong
kembali menapak. berhenti disana sini
mereka membeli itu ini
tiada yang menarik minat
tiada pilihan lain selain membuat pilihan
buat pilihan.apa apa aja
masa makin suntuk.
langit makin gelap
menapak pulang ke rumah sementara.


18 August 2010

maju 30 tahun kehadapan

dalam kelas statistik isnin lepas (lab actually), masing-masing perlu menjawab soalan disediakan by own sebab komputer sorang satu. xde share2. soalan pertama. lepas baca soalan dengan tak berapa yakin aku pon klik apa yang patut then keluar lah satu garis lurus diatas histogram yang sedia ada. lecturer(prof) mula berjalan memerhatikan semua pelajar yang tekun cuba menjawab soalan beliau. tup!! prof stop kat sebelah aku. dan perbualan aku dengan beliau berbunyi:

prof: tengok, apa yang kamu buat?
aku dengan was-was bagi die tengok jawapan yang aku dah buat tu.
prof: apa yang kamu buat nie? soalan mana?
aku: soalan satu. yang ni kan jawapanya?
prof: soalan nombor satu soalan apa? kamu jawab apa? yang kamu buat nie saya tak ajar pon. nie 30 tahun akan datang baru kamu belajar. kamu jangan nak memandai explore sana sini. buat je soalan yang saya suruh.(sebenarnya aku tak paham soalan pon)

aku terus jadi down. terus malu dengan teman-teman tapi nak tergelak pon ada. kerana aku terlalu maju. dah belajar benda yang 30 tahun akan datang. wah!!! hebat!!! tapi aku rasa aku tak salah explore semua tu. ilmu tu. aku terus mencuba sambil meminta bantuan talian hayat kiri kanan. dapatlah jawapan.soalan seterusnya masih terkial-kial nak menjawab. bukan hanya aku. ramai. semua dileteri.ada yang dipanggil makcik. dek kerana mengadu tak paham soalan. kak mas(makcik) disuruh tunggu dan disaran supaya ambil semula subjek ni tahun depan. hajat dihati nak bertanya tapi takut dimalukan. dipendam segala. ada juga yang cuba menjawab tetapi bila prof sampai terus didelete semua. 'biar tak buat, daripada buat then salah. nanti dimalukan'. lawak je rasanyeh.

soalan yang kemudian jawapan ku berbeza, rynee datang dengan harapan nak membantu. ada suara berbunyi.
kalau tak tahu nak buat tanya lecturer yang ada gaji nie. kamu tahu tak gaji lecturer macam saya(prof) berapa? lima angka. saya memang dibayar gaji lima angka supaya boleh mengata kamu. hadoi!! tanya salah tak tanya salah.kesian rynee. sory syg, kerana aku kau pon terkena sabar hati~ sabar perasaan.

lepas kelas. semua berkongsi cerita. semua fikir kelas tadi lawak.lucu dan menakutkan. ada juga yang berkata. ' dida, kenapa prof aim ang eh?' . kenapa eh?? aku pon tatau. ahahah~ mungkin pemilihan tempat menjadi faktor. lepas ni dah tanak duduk kat tepi.

next week kita tunggu siapa pulak nak kena aim. aku? kak mas(makcik)? teman yang lain.
kita tunggu je la.

17 August 2010

khabarkan aku

dia tiba dimaya. nun disana.
hati bergelora ingin menyapa.
tangan terketar menanti otak menyusun kata.
jari menaip bait mula bicara. perasan berdebar menanti respon dia.
seminit tiada. dua minit sunyi. 10 minit diam. sejam terus menghilang.
aku biarkan segalanya hilang.
mungkin hanya menambah teman.
bukan bertanya khabar. aku telalu mengharap kali.
ah!!! sudahlah.

aku hilang dimaya kembali nyata.
berhidup gaya selalu.
bergelak kiri kanan. itu yang kau lihat
sedih gelisah. itu yang kurasa.
belajar seperti selalu.terkadang sendiri tak pasti apa ilmu yang dapat.

penat menelan ilmu kembali dimaya.
mata memandang ada respon darinya.
yes!! otak terus berfikir apa soalan.kata.bicara yang wajar.
setiap pertanyaan dijawab lewa.
barangkali hanya aku ingat dia
dia tiada rasa. aku kembali hampa.
tetapi aku tetap gembira sekurangnya dia masih sudi berteman denganku.
syukurlah. jangan minta lebih.
tetapi tuhan aku nak minta satu
mahu khabar yang 'dia' itu.




13 August 2010

kau

ke sini la. kembali berlegar disini. aku sudah tidak berdaya berjalan. malah untuk berdiri jua.
aku hanya ingin berbicara perlahan. berbisik dengan kau. hanya kau. tetapi terkadang aku seperti tiada daya untuk melakukan semua itu. barangkali hanya mampu bernafas perlahan. dengan harapan nafasku dapat kau fahami.

kembali kesini la. mana kau pergi selama ini. dah lama aku tunggu kau balik. kenapa hingga kini tiada bayangmu. tiada kelibatmu. aku ingin berebut oksigen dengan kau seperti suatu ketika dulu. aku ingin lihat kau yang dulu. namun kau pasti sudah berbeza. sudah berubah. kuharap dan meminta agar lakaran tentang kau tetap kekal diminda. semua tentang kau masih jelas denganku. aku harap kau jua begitu.

bila nak kembali kesini. merata aku mencari. kau hilang menyepi. pulanglah kesini. walau hanya sekali. aku bakal berpuas hati.

Wait for Me




fakta? auta?

1. Mandi ketika berpuasa untuk menyegarkan badan.

Auta: Mandi ketika puasa adalah makruh.

Fakta: Tidak benar, bahkan mandi ketika berpuasa adalah HARUS. Rasulullah sendiri pernah mencurahkan air ke atas kepala Baginda disebabkan dahaga atau panas.

2. Korek hidung, telinga atau rongga-rongga yang berlubang.

Auta: Memasukkan apa saja benda ke dalam rongga yang berlubang adalah membatalkan puasa.

Fakta: Tidak ada dalil yang menunjukkan hukum sedemikian rupa. Sedangkan yang benar ialah perkara yang membatalkan puasa hanyalah berlegar antara tiga perkara; makan, minum, dan bersetubuh.

3. Penetapan waktu imsak iaitu kira-kira 5 hingga 10 minit sebelum masuk waktu Subuh.

Auta: Wajib atau sunat untuk berhenti makan dan minum sebelum masuk waktu imsak sebagai langkah berjaga-jaga.

Fakta: Menetapkan waktu imsak 5 atau 10 minit sebelum masuknya waktu Subuh adalah satu ketetapan yang tidak ditetapkan oleh al-Qur’an dan al-Sunnah yang sahih, malah ia menjauhi tuntutan sunnah untuk mengakhirkan waktu sahur. Alasan “berhati-hati” adalah tidak perlu kerana kita dibolehkan makan dan minum sehingga jelas masuknya waktu Subuh.

4. Makanan yang disunnahkan berbuka dengannya.

Auta: Disunnahkan makan benda-benda manis atau buah-buahan tempatan.

Fakta: Disunnahkan berbuka puasa dengan rutab, tamar atau air.

5. Merasai makanan dengan lidah.

Auta: Batal puasa bagi orang yang merasai makanan dengan lidah kerana hal itu seperti dia memakan makanan itu, tiada bezanya.

Fakta: Merasai makan adalah dibolehkan dengan syarat selagi mana tidak sampai memasuki tenggorokan (tekak dan salur makanan).

6. Memasuki waktu subuh dalam keadaan berjunub.

Auta: Seseorang yang berjunub saat masuknya waktu subuh dikira terbatal puasanya.

Fakta: Hal ini pernah berlaku kepada Rasulullah shallahu’alaihi wasallam, sedangkan baginda kemudiannya mandi, bersolat dan meneruskan puasa seperti biasa.

7. Bolehkah bercumbu-cumbuan dengan isteri ketika puasa?

Auta: Tidak boleh, batal sekiranya bercumbu. Bukankah bulan puasa bulan menahan syahwat?!

Fakta: Hal ini mempunyai hukum yang berbeza-beza mengikut tahap kemampuan masing-masing. Bagi yang dapat mengawal gelojak nafsu agar dengan cumbuan itu tidak menjurus kepada persetubuhan, maka dipersilakan. Tapi, buat yang tidak mampu, maka dia dimakruhkan sama sekali.

8. Menggosok gigi ketika sedang berpuasa.

Auta: Boleh menyebabkan batal atau kurang pahala puasa. Ditakuti tertelan ubat gigi berperisa strawberi.

Fakta: Tidak mengapa menggosok gigi bahkan digalakkan. Lagipun Islam adalah agama yang mementingkan kebersihan, sedangkan gigi yang kuning melambangkan empunya diri yang kurang menjaga kebersihan.

9. Lafaz niat puasa.

Auta: Wajib untuk melafazkan niat puasa iaitu “nawaitu shauma qhadin…”. Bagi yang tidak melafazkannya, maka puasanya tidak dikira kerana setiap perkara dimulakan dengan niat.

Fakta: Tiada lafaz niat puasa, ini hanyalah bid’ah yang diada-adakan. Bahkan niat itu tempatnya di hati. Sesiapa saja yang terlintas di hatinya bahawa dia akan berpuasa pada bulan Ramadhan, maka itu sudah cukup baginya.

10. Tidur ketika sedang berpuasa.

Auta: Tidur orang puasa adalah ibadat.

Fakta: Memang benar terdapat hadith yang menyebut bahawa tidur orang yang berpuasa adalah ibadat. Namun, tiada satupun daripadanya yang sahih dan dapat dijadikan hujah.

r.s.v.p


Kali pertama ku melihat
Hati sudah rasa terpikat
Bila kau membalas senyuman
Ku berkhayalan

Kita berdua jatuh cinta
Kau milikku dan ku kau punya
Tapi di dalam realiti belum pasti

Ku pinta kau répondez s’il vous plaît
Jangan biar ku fikir ku bertepuk sebelah tangan
Ku rayu kau répondez s’il vous plaît
Agar dapat berakhir angan yang mengganggu fikiran

Dah tak mampu berselindung lagi
Cinta yang lahir dalam hati
Aku tahu kau juga mahu tetapi malu

Andainya benar katakanlah
Agar dapat mengorak langkah
Bila ku ketuk pintu hatimu
Izinku masuk

Luahkanlah ku perlu tahu
Luahkanlah isi hatimu
Luahkanlah isi hatimu
Luahkanlah ku perlu tahu
Luahkanlah isi hatimu
Luahkanlah isi hatimu


ketiga puasa

hari ketiga berpuasa.
sahur hari ini dikejut orang berbeza lalu aku mengambil sedikit masa untuk bangun coz ingat aku still mimpi agik. ahahah sahur apa?? as usual. sama mcm dua hari lepas. roti bakar tapi kali nie roti dengan tuna. sedap!!



11 August 2010

sahur seperti dirumah

banyak cerita yang ingin dikongsi.diluah.dicerita
bukan tiada masa
tapi berada disini menghalang aku untuk berkongsi setiap ketika dan masa
hanya ketika beruntung cerita aku terpost. ahakz!!

for tis time.
puasa akan menjadi bahan utama.
hari ini hari pertama puasa.
petang semalam dapat massage dari cik mahyun our lecturer ajak sahur kat rumah dia.
aku on jek. rezeki katakan.
malamnya aku seperti ingin ubah keputusan. kerja keliling belum selesai.
perlu hantar secepatnya untuk dicompile.
tetiba dapat massage baru.
"jgn lupa ek..nnt lauk xde org makan."
cmna neh?? bersalah jika tak pergi.
pergi memenuhi undangan.
sampai jek... ramainye.. ada budak 3rd year skali.. besh makan ramai-ramai. seperti kenduri.
lauk pon seperti kenduri. keli bakar kembung goreng kerabu taugeh ulam daging goreng.
waaaaa!!!!!
macam makan kat rumah la.. bestnye kalo dapat sahur kat rumah.. thanx cik mahyun buat aku rasa seperti sahur dirumah. eh lupa lak time neh baru pukol 12. dah sahur. ahaha.. iye la. kalau cik buat pkol 4-5 pagi ada ke yang rajen nak berkunjung ke "kg sebelah" pagi2 buta??
balik terus tidur kekenyangan.
pukul 5++ kena kejut sahur ngan housemate. bangun jek dah siap roti bakar. makan agik. ahahha
TAPI!!!
now perut aku cam dah nak makan. bagaimana? mengapa? kenapa begitu awal?
untuk pengetahuan anda. masa pada ketika ini ialah 8.13 am?? AM~~ ok???
waaaa!!!!
cmna nak bertahan smpi ptg?? tunggu jek la.. bagaimana rupa aku nanti..

SELAMAT BERPUASA SEMUA!!!!!!!!!!!!!

internet tak laju

susah amat mahu post ketika berada disini.
mengapa?
internet tak cukup laju?

02 August 2010

adat berteman

adat berkawan
terkadang tak sekata
terkadang tersalah kata
terkadang terlebih bicara

dalam berteman
seharusnya jujur
seboleh tak harapkan balasan
memberi tanpa ungkitan

tapi tak semua yang indah hadir ketika berkawan
bersedialah teman dengan segala kemungkinan