hati bergelora ingin menyapa.
tangan terketar menanti otak menyusun kata.
jari menaip bait mula bicara. perasan berdebar menanti respon dia.
seminit tiada. dua minit sunyi. 10 minit diam. sejam terus menghilang.
aku biarkan segalanya hilang.
mungkin hanya menambah teman.
bukan bertanya khabar. aku telalu mengharap kali.
ah!!! sudahlah.
aku hilang dimaya kembali nyata.
berhidup gaya selalu.
bergelak kiri kanan. itu yang kau lihat
sedih gelisah. itu yang kurasa.
belajar seperti selalu.terkadang sendiri tak pasti apa ilmu yang dapat.
penat menelan ilmu kembali dimaya.
mata memandang ada respon darinya.
yes!! otak terus berfikir apa soalan.kata.bicara yang wajar.
setiap pertanyaan dijawab lewa.
barangkali hanya aku ingat dia
dia tiada rasa. aku kembali hampa.
tetapi aku tetap gembira sekurangnya dia masih sudi berteman denganku.
syukurlah. jangan minta lebih.
tetapi tuhan aku nak minta satu
mahu khabar yang 'dia' itu.
No comments:
Post a Comment